ad
AGENDA

Kebakaran libatkan saluran paip gas sepanjang 500 meter

1 Apr 2025, 2:24 AM
Kebakaran libatkan saluran paip gas sepanjang 500 meter

SHAH ALAM, 1 APRIL: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya dengan anggaran panjang saluran terbakar 500 meter.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata ketika ini api marak menjulang dan kebakaran itu berhampiran kawasan perumahan.

"Api merebak ke beberapa rumah di sekitar kawasan kebakaran dan anggota bomba memindahkan tujuh mangsa termasuk dua warga emas, jumah mangsa serta sejauh mana api merebak belum dapat dipastikan.

"Ketika ini Petronas sudah menutup valve saluran paip yang terbakar (belum diketahui berapa jarak valve tutup)," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 8.10 pagi dan jentera tiba di lokasi 12 minit kemudian.

Menurutnya, 78 anggota terlibat dalam operasi itu membabitkan sembilan balai bomba dan penyelamat antaranya dari Subang Jaya, Puchong, Shah Alam dan Rawang.

Sementara itu polis sudah menutup laluan ke lokasi kejadian.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.