ad
AGENDA

Bomba: Saluran paip gas terbakar di Puchong

1 Apr 2025, 1:39 AM
Bomba: Saluran paip gas terbakar di Puchong
Bomba: Saluran paip gas terbakar di Puchong
Bomba: Saluran paip gas terbakar di Puchong

KUALA LUMPUR, 1 APRIL: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan berlaku kejadian kebakaran saluran paip gas di Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.23 pagi dan operasi pemadaman sedang dijalankan.

Sementara itu Pusat Operasi PANTAS menerima maklumat mengenai kebakaran terbabit pada jam 8.28 pagi.

Ketika ini, api masih marak di lokasi hingga kesan kebakaran itu dapat dilihat sejauh beberapa kilometer.

Ahli Parlimen Subang Wong Chen yang turut berkongsi gambar kejadian menerusi Facebook beliau berkata anggota pasukan PANTAS Majlis Bandaraya Subang Jaya turut dalam perjalanan bagi membantu JBPM.

Beliau turut mengingatkan semua penduduk khususnya di kawasan berhampiran supaya berwaspada, sambil mendoakan semua yang terkesan selamat serta tabah, dan beliau juga yakin anggota bomba berupaya menangani kebakaran besar berkenaan.

Sementara itu menerusi siaran langsung seorang pengguna TikTok menggunakan akaun Perodua PuchongJayaJeffry, setakat 9.37 pagi ini api masih marak, walaupun kebakaran sudah berlarutan lebih sejam.

Beliau mengakui terdengar letupan kuat sebelum melihat api dilihat menjulang tinggi, dan tetap merasai bahang kebakaran itu walaupun berada jauh dari lokasi kejadian.

Beliau berkata pasukan JBPM telah tiba di lokasi bagi menjalankan operasi memadam dan menyelamat.

- BERNAMA

[caption id="attachment_694283" align="aligncenter" width="1130"] Helikopter bomba di lokasi saluran paip gas terbakar di Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor pada 1 April 2025. Foto Facebook Wong Chen[/caption]

[caption id="attachment_694284" align="aligncenter" width="503"] Kebakaran saluran paip gas di Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor pada 1 April 2025. Foto Facebook Wong Chen[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.