Bazar raya jadi tumpuan orang ramai mendapatkan barang keperluan pada saat-saat akhir. Selain pakaian, kuih-muih, aksesori, serta dekorasi rumah, semuanya ada di situ.
Tarikan lainnya, malam menjelang Aidilfitri ramai peniaga di bazar berlumba membuat potongan harga. Ada kalanya mencecah 50 hingga 80 peratus harga diskaun.
Peniaga cuba menghabiskan stok, membolehkan pengunjung mendapatkan barangan dengan harga yang lebih rendah berbanding waktu biasa.
Wartawan NADIAH ZAMLUS menyenaraikan lokasi bazar raya jadi tumpuan orang ramai setiap kali Aidilfitri seperti disenarai Tourism Selangor dan PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC).
Kompleks PKNS Shah Alam
Lokasi tumpuan ramai setiap kali menjelang Syawal kerana harga ditawarkan mesra poket. Diurus PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) dan dinamakan Festival Ramadan Selangor (Festira), ia terletak di Kompleks PKNS Shah Alam. Paling menarik, kompleks di Seksyen 14 dibuka sehingga lewat tengah malam terutama menjelang Aidilfitri. Sekali gus memudahkan mereka yang suka membeli pada saat akhir
- Persiaran Tasik, Selangor Darul Ehsan 40000 Shah Alam, Selangor
[caption id="attachment_694188" align="alignnone" width="930"] Bangi Sentral 2[/caption]
Bangi Sentral
Boleh dikatakan lubuk fesyen muslimah. Terletak di Seksyen 9, Bangi Sentral seringkali menjadi destinasi wajib bagi kaum Adam dan Hawa mencari baju dengan rekaan terkini. Antara jenama popular ada di situ, Bulan Bintang, SofeaRose, Rico Rinaldi, Khatam, Siti Khadijah dan Amru. Secara keseluruhannya terdapat lebih 80 butik pakaian ada di sana. Pengunjung juga berpeluang beli-belah pada saat akhir kerana ada butik dibuka sehingga lebih jam 10 malam
- Jalan Medan Pusat Bandar 6A 43650 Bangi, Selangor
[caption id="attachment_694183" align="alignnone" width="906"] Pusat beli-belah SACC[/caption]
Pusat beli-belah SACC
Ia adalah syurga membeli-belah yang menawarkan jenama tempatan dan antarabangsa.
Sepanjang tahun, acara dan promosi menarik dirancang untuk meraikan setiap perayaan utama. Terdapat juga pelbagai pilihan restoran yang menyajikan masakan domestik dan antarabangsa untuk anda nikmati hidangan selepas seharian membeli-belah!
- Jalan Perbadanan 14/9, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
-
[caption id="attachment_694184" align="alignnone" width="835"]
GM Klang[/caption]
GM Klang
Mempunyai lebih 2,500 kedai, menyediakan jualan borong dan runcit pada harga berpatutan. Ia juga sebuah pusat perdagangan serantau dengan deretan restoran dan kedai makan serta dilengkapi kemudahan selesa untuk anda membeli-belah di musim perayaan ini. GM Klang menyediakan pelbagai rangkaian produk seperti hiasan rumah dan perkahwinan, pakaian, tekstil, aksesori IT, mainan, dan banyak lagi
- Jalan Kasuarina 1, Bandar Botanic Capital 41200 Klang, Selangor
[caption id="attachment_694181" align="alignnone" width="850"] Seksyen 7, Shah Alam[/caption]
Seksyen 7, Shah Alam
Sebut sahaja lokasi ini, pasti hanya butik Jakel sahaja dalam fikiran pembeli pakaian raya. Namun sebenarnya terdapat banyak butik menarik lain seperti Bella Ammara, Hatta Dolmat, LosraVelda dan banyak lagi. Penggemar fesyen pasti rambang mata apabila berkunjung ke sini. Ada kedai di situ dibuka sehingga jam 2 pagi pada malam Aidilfitri. Jika penat membeli-belah, banyak kedai makan dan minum juga ada di sini
- Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
[caption id="attachment_694185" align="alignnone" width="811"] The Curve Damansara[/caption]
The Curve Damansara
Bazar Elite Asia Ramadan dianjur Elite Asia Marketing, organisasi terkenal dengan acara seperti Fujiwara Matsuri yang pernah menjadi tumpuan pencinta budaya Jepun. Kini kembali dengan konsep Syawal, menawarkan pelbagai barangan eksklusif untuk hari raya seperti tudung premium serta kuih-muih tradisional. Bazar raya ini antara yang dibuka sehingga 30 Mac ini. Terletak di lokasi strategik, bazar ini mudah diakses dan menawarkan pengalaman membeli-belah yang selesa
- 6, Jln PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor