Selepas sebulan menahan lapar dan dahaga, aneka juadah dari kuih-muih tradisonal hingga biskut moden menggamit keinginan untuk menjamah hidangan sepanjang Aidilfitri.
[caption id="attachment_694178" align="alignleft" width="269"] Dr Faridah Mohd Zin[/caption]
Tradisi rumah terbuka yang popular dalam dasawarsa mutakhir menambahkan lagi kerencaman hidangan bermusim antaranya ketupat, lemang, rendang, kuah kacang mahupun kuah lodeh.
Amalan pemakanan sihat kerap diabai semata-mata untuk merai kemeriahan sambutan Syawal. Sedangkan, perkara itu penting untuk kesihatan sekali gus mengawal obesiti atau penyakit.
Ditemu bual SYAZA ATIKAH IBRAHIM pada 11 April, Konsultan Perubatan Keluarga dan Perubatan Gaya Hidup Pusat Perubatan Universiti Pengurusan & Sains (MSU) Dr Faridah Mohd Zin berkongsi panduan pemakanan pada musim perayaan.
Wartawan NAZLI IBRAHIM meringkaskan kandungan utama seperti berikut:
Pesanan
- jadikan amalan, bukan musim raya sahaja
- berhenti pemakanan sihat sebulan, kesan kebaikan berkurangan
- cabaran musim raya lebih hebat berbanding bulan lain
- ramai kurangkan berat badan pada Ramadan tetapi gagal teruskan momentum
- berat badan naik lebih banyak banding sebelum puasa
- individu ada penyakit tiga serangkai (kencing manis, kolestrol dan darah tinggi) berisiko gagal kawal tahap gula, tekanan darah dan kolestrol
Panduan kawal nafsu
- ikut waktu makan biasa (sarapan, tengah hari dan malam)
- jika bukan waktu, ambil makanan dalam kuantiti sedikit
- minum cukup air kerana badan perlukan air tetapi otak salah tafsir 'perlu makan'
- amalkan segelas air sebelum makan
- amal lebihkan serat untuk cepat rasa puas apabila makan (sayur dan buah)
- nikmati juadah, elak makan sambil buat hal lain seperti menonton video
- banyakkan berbual sambil minum sebelum makan
[caption id="attachment_581863" align="alignnone" width="914"] Tetamu mengambil juadah sempena majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Hijrah Selangor di Kompleks Generasi Muda dan Sukan Selangor, Seksyen 7, Shah Alam pada 17 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]
Petua kurangkan juadah sampingan
- makan hidangan utama, baru nikmati juadah
- makan selama 20 minit, otak perlu masa hantar isyarat kenyang
- berhenti awal sebabkan otak gagal hantar isyarat tersebut
- pilih kuih yang kandungan gula rendah
Tips ke rumah terbuka
- maksimumkan pemakanan sihat untuk imbangi hari 'kecundang'
- ambil sarapan untuk elak makan berlebihan
- pergi waktu makan misalnya waktu makan tengah hari, minum petang dan makan malam
- minum air dahulu untuk hidrat
- pilih satu hidangan, elak kecenderungan ambil juadah berlebihan
- kongsi pencuci mulut bersama teman semeja
- banyak berbual dengan tuan rumah atau tetamu
Keperluan kalori
- jumlah bergantung keperluan untuk kekal, turun atau tambah berat badan
- perempuan perlu 1,500kcal/kg, lelaki 1,800kcal/kg sehari
- amal suku-suku-separuh iaitu sayur separuh pinggan, satu potong buah, satu hidangan protein saiz telapak tangan, karbohidrat sebesar penumbuk
- kurangkan santan dan gula dalam masakan
- boleh ambil satu hidangan snek yang tidak sebabkan lebihan kalori
- makanan berkuah tingkatkan risiko terlebih kalori
- lebihkan sayur dan ambil kuah yang memadai
Setiap individu perlukan jumlah kalori berbeza. Ia penting untuk atur pemakanan seseorang. Rujuk laman sesawang Kementerian Kesihatan untuk ketahui jumlah kalori hidangan