ad
AGENDA

Tiga rumah teres musnah dalam kebakaran di Klang

31 Mac 2025, 2:15 AM
Tiga rumah teres musnah dalam kebakaran di Klang

SHAH ALAM, 31 MAC: Tiga rumah teres setingkat di Taman Sri Gadong, Klang dekat sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ahmad Mukhlis berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.09 malam sebelum menggerakkan 16 pegawai serta anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Selatan, Klang Utara dan Andalas ke lokasi.

“Maklumat awal mendapati kebakaran hanya membabitkan sebuah rumah teres. Bagaimanapun, hasil siasatan lanjut mendapati kejadian itu membabitkan tiga rumah," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Kebakaran dipadamkan pada 11.45 malam manakala jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.