ad
AGENDA

Kanak-kanak maut, dua parah kemalangan di Terowong Menora

31 Mac 2025, 12:30 AM
Kanak-kanak maut, dua parah kemalangan di Terowong Menora

IPOH, 31 MAC: Seorang kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di Kilometer 264. 7 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menghala ke selatan di Terowong Menora petang semalam.

Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh (BPP) dalam laman Facebooknya memaklumkan kemalangan itu turut menyebabkan seorang wanita dan lelaki parah.

"Pos kawalan Menora menerima panggilan kecemasan pada 6.45 petang.

"Seorang kanak-kanak meninggal dunia di tempat kejadian," menurut kenyataan itu.

Mangsa yang parah diberi rawatan awal oleh unit EMRS dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut.

Terdahulu, video nahas berkenaan tular di media sosial.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.