ad
AGENDA

MB sertai proses cerapan anak bulan Syawal di Bukit Jugra

30 Mac 2025, 2:15 PM
MB sertai proses cerapan anak bulan Syawal di Bukit Jugra
MB sertai proses cerapan anak bulan Syawal di Bukit Jugra
MB sertai proses cerapan anak bulan Syawal di Bukit Jugra
MB sertai proses cerapan anak bulan Syawal di Bukit Jugra
MB sertai proses cerapan anak bulan Syawal di Bukit Jugra
MB sertai proses cerapan anak bulan Syawal di Bukit Jugra
MB sertai proses cerapan anak bulan Syawal di Bukit Jugra

KUALA LANGAT, 30 MAC: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meluangkan masa menyertai cerapan anak bulan Syawal di Baitulhilal Bukit Jugra di sini, hari ini.

Amirudin berkesempatan melihat aktiviti cerapan anak bulan menggunakan kaedah rukyah dan hisab, selain peralatan teleskop untuk mengukur jarak, sudut dan elevasi.

Amirudin ketika ditemui meluahkan rasa syukur berpeluang melihat sendiri proses cerapan anak bulan bersama barisan ahli falak negeri Selangor dan Mufti Selangor Dato’ Dr Anhar Opir.

“Satu pengalaman yang menarik bersama barisan ahli falak dengan usaha kita untuk mengenal pasti ketepatan dan kejituan tarikh kalendar Islam yang turut menentukan waktu ibadah.

“Tetapi di Bukit Jugra kita tidak dapat lihat anak bulan atas beberapa faktor, antaranya kerana faktor cuaca. Di Selangor, anak bulan kelihatan di balai cerap Sabak Bernam jam 8.06 malam tadi,” katanya.

Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 30 Mac di 29 lokasi seluruh negara.

Sebanyak tiga lokasi cerapan anak bulan di Selangor iaitu Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilftri esok, 31 Mac 2025.

[caption id="attachment_694104" align="aligncenter" width="700"] Pegawai pelaksana cerapan hilal melihat jarak, sudut dan elevasi anak bulan ketika Cerapan Rasmi Hilal Syawal di Baitulhilal Bukit Jugra, Kuala Langat pada 30 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_694105" align="aligncenter" width="700"] Ahli falak meneropong ke rah anak bulan ketika Cerapan Rasmi Hilal Syawal di Baitulhilal Bukit Jugra, Kuala Langat pada 30 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_694103" align="aligncenter" width="700"] Pegawai pelaksana cerapan hilal membuat persiapan memasang teleskop ketika Cerapan Rasmi Hilal Syawal di Baitulhilal Bukit Jugra, Kuala Langat pada 30 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_694099" align="aligncenter" width="700"] Pegawai pelaksana cerapan hilal melakukan cerapan menggunakan teleskop ketika Cerapan Rasmi Hilal Syawal di Baitulhilal Bukit Jugra, Kuala Langat pada 30 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_694100" align="aligncenter" width="700"] Pegawai pelaksana cerapan hilal melakukan cerapan menggunakan teleskop ketika Cerapan Rasmi Hilal Syawal di Baitulhilal Bukit Jugra, Kuala Langat pada 30 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_694101" align="aligncenter" width="700"] Pegawai pelaksana cerapan hilal menunjukkan aplikasi yang digunakan ketika Cerapan Rasmi Hilal Syawal di Baitulhilal Bukit Jugra, Kuala Langat pada 30 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.