SHAH ALAM, 30 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada masyarakat Islam di Selangor khususnya, dan Malaysia amnya.
Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj danTengku Permaisuri Hajah Norashikin berharap seluruh umat Islam di negara ini menyambutnya dalam suasana yang meriah, harmoni dan bersatu padu.
Menerusi perutusan di Facebook Selangor Royal Office, baginda turut mendoakan agar budaya sambutan perayaan seumpama ini akan memperteguh jalinan kesepaduan rakyat berbilang kaum.
"Semoga budaya sambutan perayaan seumpama ini akan memperteguh jalinan kesepaduan, di mana seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum akan terus hidup dengan penuh toleransi dan aman sentosa," titah dalam perutusan tersebut.