SHAH ALAM, 30 MAC: Tiga ayat pertama surah An-Nas menceritakan mengenai pencipta manusia dan tertib kepercayaan kepada Allah.
Pengarah Akademi Pemikiran Turath Ustaz Faiz Fateh Al Azhari berkata ayat pertama dalam surah terakhir al-Quran itu menjelaskan Allah yang mencipta dan sebagai pemelihara bagi manusia.
“Allah yang menjadikan kita dan pelihara kita dengan memberi nikmat. Maka kita perlu kenal Dia sebagai pencipta. Tidak mungkin, sebagai contoh, darah dalam badan ini boleh terjadi sendiri.
“Bagi ayat kedua menjelaskan, yang memiliki manusia. Hakikatnya Allah memiliki kita, tiada apa pun keupayaan kita. Dan ayat terakhir, kita adalah hamba dan hanya Allah sahaja yang layak disembah,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi program 30 hari 30 ayat al-Quran yang membincangkan ayat 1-3 surah An-Nas bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sempena Ramadan.
[caption id="attachment_694005" align="aligncenter" width="685"] Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Surah Al-Waqiah dibaca oleh juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut.[/caption]
Dalam pada itu, Amirudin mengajak umat Islam mengenali siapa pelindung dan pencipta terbaik kepada manusia, iaitu Allah.
“Hanya Allah yang memiliki kita, yang mencipta kita, yang berhak disembah. Itulah pelindung terbaik kepada diri kita,” katanya.
Terdahulu, episod ke-29 surah berkenaan dibacakan qariah jemputan yang juga juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut.
Program tadabbur yang memasuki tahun ketiga penganjuran disiarkan menerusi platform media sosial Amirudin Shari, Media Selangor dan TV Al-Hijrah mulai 1 Ramadan dimulai dengan kupasan Surah Al-Fatihah.
Berikut episod sebelum ini:
- Episod 1: Surah Al-Fatihah himpunan keseluruhan kandungan al-Quran
- Episod 2: Surah Al-Fatihah penting, perakuan sebagai hamba Allah SWT
- Episod 3: Konsep kasih sayang perlu terus diamal, hindar sifat benci
- Episod 4: Perhitungan akhirat, syurga, neraka
- Episod 6: Doa zahir sifat kehambaan
- Episod 7: Golongan dimurkai, sesat tidak rasai nikmat Allah
- Episod 8: Al-Mulk miliki nikmat besar, halang azab dan murka Allah
- Episod 9: Ibadah berkualiti lebih dipandang, laksana penuh ikhlas dan istiqamah
- Episod 10: Taat perintah Allah, hindari seksa api neraka
- Episod 11: Faham, dengar amal perkara baik
- Episod 12: Allah Maha Mengetahui
- Episod 13: Umat Islam diingatkan sentiasa syukuri rezeki, bertakwa kepada Allah
- Episod 14: Perumpamaan ciptaan burung dalam konsep rezeki, tawakal
- Episod 15: Kejayaan, kekuatan dan kekayaan datangnya dari Allah SWT
- Episod 16: Kematian bukan penamat
- Episod 17: Rezeki dari Allah, umat Islam perlu syukuri nikmat
- Episod 18: Kiamat pasti tiba, al-Quran hurai kejadian, nasib manusia
- Episod 19: Perkukuh rohani, tingkat takwa persiapan hadapi kehidupan akhirat
- Episod 20: Golongan benar, jujur peroleh ganjaran besar di hari kiamat
- Episod 21: Hindari lakukan dosa, terus berbuat baik demi ganjaran syurga
- Episod 22: Golongan taat, tunduk nafsu dijanji nikmat luar biasa
- Episod 23: Hindar diri jadi golongan ashabul syimal
- Episod 24: Persediaan hadapi hari kiamat
- Episod 25: Allah berkuasa cipta hari kiamat
- Episod 26: Umat Islam perlu sentiasa ikat usaha keduniaan dengan akhirat
- Episod 27:Jangan menzalimi orang, balasan setimpal menanti di akhirat
- Episod 28: Mohon hidayah Allah, hindar perasaan waswas yang merosak akidah
- [embed]https://www.tiktok.com/@amirudinshari/video/7487473170769808656?is_from_webapp=1&sender_device=pc[/embed]