ad
AGENDA

Arab Saudi, Qatar, UAE, Yaman, Iraq sambut Aidilfitri hari ini

30 Mac 2025, 12:45 AM
Arab Saudi, Qatar, UAE, Yaman, Iraq sambut Aidilfitri hari ini

ISTANBUL, 30 MAC: Umat Islam di kebanyakan negara Arab menyambut Aidilfitri hari ini, menandakan berakhirnya Ramadan.

Anadolu Ajansi (AA) melaporkan pihak berkuasa agama di Arab Saudi, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengesahkan bahawa anak bulan kelihatan semalam.

Dengan itu, Aidilfitri diraikan hari ini. Pengumuman serupa turut dibuat oleh Pejabat Wakaf Sunni di Yaman dan Iraq.

Bagaimanapun, Oman memaklumkan negara itu menyambut Aidilfitri esok susulan anak bulan Syawal tidak kelihatan.

Aidilfitri merupakan satu daripada dua perayaan utama dalam Islam, selain Aidiladha.

- BERNAMA-ANADOLU

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.