ad
AGENDA

Mohon hidayah Allah, hindar perasaan waswas yang merosak akidah (VIDEO)

29 Mac 2025, 12:00 PM
Mohon hidayah Allah, hindar perasaan waswas yang merosak akidah (VIDEO)
Mohon hidayah Allah, hindar perasaan waswas yang merosak akidah (VIDEO)

SHAH ALAM, 29 MAC: Umat Islam perlu memperkuatkan akidah serta memohon perlindungan Allah dijauhi bisikan syaitan yang cuba menyesatkan, tegas Pengarah Akademi Pemikiran Turath Ustaz Faiz Fateh Al Azhari.

Mengupas surah An-Nas, beliau berkata bisikan syaitan menyebabkan hati berada dalam keadaan waswas, malah lebih membimbangkan boleh menggugat kepercayaan berkaitan akidah dan agama Islam.

"Dalam ayat surah Al-Fatihah ada sebut mengenai kepentingan hidayah. Kita minta hidayah dari Allah dan kita juga minta perlindungan untuk selamat di dunia dan akhirat.  Maka kita perlu perlindungan untuk memelihara hidayah.

"Dalam Surah Al Nas ada sebut kalimah waswas yang merujuk kepada pergolakan dalam hati kita. Justeru kita kena minta perlindungan dari syaitan yang cuba menggugat hidayah yang Allah berikan kepada kita," katanya pada program 30 hari 30 ayat al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar sempena Ramadan.

Beliau berkata perasaan waswas menyebabkan terdapat dalam kalangan orang Islam itu sendiri mempersoalkan kewujudkan tuhan.

"Kadang-kadang ada waswas ketika ambil wuduk, dah berapa kali kita basuh anggota badan. Namun ada waswas yang lebih besar iaitu berkait akidah. Jika kita terikut-ikut dengan bisikan syaitan, kita akan tergelincir. Oleh itu kita perlu berdoa memohon perlindungan Allah SWT," katanya.

[caption id="attachment_693861" align="aligncenter" width="696"] Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Surah Al-Waqiah dibaca oleh juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut.[/caption]

Sementara itu, Dato’ Seri Amirudin Shari mengajak umat Islam memohon perlindungan untuk memastikan keimanan terus kukuh dan mengecapi syurga di akhirat.

"Setelah kita memahami tauhid, memahami muamalat dan syariat, kita minta dilindungi dari bisikan syaitan yang merosakkan. Kita kena pastikan keimanan tetap kukuh supaya penilaian di akhirat kelak membawa kita ke syurga," katanya.

Terdahulu ayat berkenaan dibacakan qariah jemputan yang juga juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut.

Program tadabbur yang memasuki tahun ketiga penganjuran disiarkan menerusi platform media sosial Amirudin Shari , Media Selangor dan TV Al-Hijrah mulai 1 Ramadan dimulai dengan kupasan Surah Al-Fatihah.

Berikut episod sebelum ini:

  • Episod 1: Surah Al-Fatihah himpunan keseluruhan kandungan al-Quran
  • Episod 2: Surah Al-Fatihah penting, perakuan sebagai hamba Allah SWT
  • Episod 3: Konsep kasih sayang perlu terus diamal, hindar sifat benci
  • Episod 4: Perhitungan akhirat, syurga, neraka
  • Episod 6: Doa zahir sifat kehambaan
  • Episod 7: Golongan dimurkai, sesat tidak rasai nikmat Allah
  • Episod 8: Al-Mulk miliki nikmat besar, halang azab dan murka Allah
  • Episod 9: Ibadah berkualiti lebih dipandang, laksana penuh ikhlas dan istiqamah
  • Episod 10: Taat perintah Allah, hindari seksa api neraka
  • Episod 11: Faham, dengar amal perkara baik
  • Episod 12: Allah Maha Mengetahui
  • Episod 13: Umat Islam diingatkan sentiasa syukuri rezeki, bertakwa kepada Allah
  • Episod 14: Perumpamaan ciptaan burung dalam konsep rezeki, tawakal
  • Episod 15: Kejayaan, kekuatan dan kekayaan datangnya dari Allah SWT
  • Episod 16: Kematian bukan penamat
  • Episod 17: Rezeki dari Allah, umat Islam perlu syukuri nikmat
  • Episod 18: Kiamat pasti tiba, al-Quran hurai kejadian, nasib manusia
  • Episod 19: Perkukuh rohani, tingkat takwa persiapan hadapi kehidupan akhirat
  • Episod 20: Golongan benar, jujur peroleh ganjaran besar di hari kiamat
  • Episod 21: Hindari lakukan dosa, terus berbuat baik demi ganjaran syurga
  • Episod 22: Golongan taat, tunduk nafsu dijanji nikmat luar biasa
  • Episod 23: Hindar diri jadi golongan ashabul syimal
  • Episod 24: Persediaan hadapi hari kiamat
  • Episod 25: Allah berkuasa cipta hari kiamat
  • Episod 26: Umat Islam perlu sentiasa ikat usaha keduniaan dengan akhirat
  • Episod 27:Jangan menzalimi orang, balasan setimpal menanti di akhirat

[embed]https://www.tiktok.com/@amirudinshari/video/7487159491901803777?is_from_webapp=1&sender_device=pc[/embed]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.