ad
AGENDA

AMK sokong Amirudin pertahan jawatan naib presiden, cemerlang kemudi Selangor

29 Mac 2025, 10:50 AM
AMK sokong Amirudin pertahan jawatan naib presiden, cemerlang kemudi Selangor
AMK sokong Amirudin pertahan jawatan naib presiden, cemerlang kemudi Selangor
AMK sokong Amirudin pertahan jawatan naib presiden, cemerlang kemudi Selangor
AMK sokong Amirudin pertahan jawatan naib presiden, cemerlang kemudi Selangor
AMK sokong Amirudin pertahan jawatan naib presiden, cemerlang kemudi Selangor

GOMBAK, 29 MAC: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menyokong hasrat Dato’ Seri Amirudin Shari untuk mempertahan jawatan naib presiden dalam pemilihan parti Mei ini.

Timbalan Ketuanya Muhammad Kamil Abdul Munim berkata anak muda akan terus menyokong kepimpinan Dato' Menteri Besar Selangor yang telah membuktikan kemampuan mengemudi pentadbiran negeri dengan cemerlang.

"AMK sama ada di peringkat pusat atau Selangor terus bersama menyokong hasrat, aspirasi dan bersama-sama meneruskan legasi kecemerlangan kepimpinan khususnya di Selangor di bawah pentadbiran Amirudin.

“Kita akan menggerakkan agenda ini secara bersama dan memastikan kecemerlangan dan prestasi pentadbiran Amirudin di Selangor dapat terus kita kekalkan dan bertahan,” katanya pada sidang media selepas program mantai anak muda anjuran pejabat Parlimen Gombak dan AMK di sini, hari ini.

Sementara itu AMK Selangor menyokong hasrat Pengarah Strategi KEADILAN Selangor Saifuddin Shafi Muhammad dan Ketua AMK Adam Adli Abdul Halim untuk bertanding jawatan majlis pimpinan pusat (MPP).

Muhammad Izuan Kasim berkata kedua-dua pemimpin amat rapat dengan anggota akar umbi sekali gus boleh membawa suara anggota bawahan ke peringkat pusat.

“Dua sosok ini bukan asing. Kami di pihak AMK Selangor menyokong penuh mengambil kita prestasi kedua-dua pihak kerana kedua-duanya dari akar umbi.

“Prestasi di akar umbi jadi elemen yang sangat penting. Apabila keputusan dibuat oleh peringkat pimpinan suara itu dapat jadi salah satu elemen penting ketika dalam mesyuarat, mewakili akar umbi.

“Kami akan gerak daya usaha kami untuk pastikan dua calon ini masuk ke dalam MPP pada pemilihan Mei nanti,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin berkata keputusan bertanding jawatan MPP bertujuan memperkukuhkan agenda reformasi dan memupuk kepimpinan lebih responsif terutama memastikan aspirasi akar umbi didengari.

“Saya rasa ada beberapa ruang perlu kita rapatkan antara kepimpinan dan akar umbi. Sebab setelah kita menerajui Putrajaya mungkin sebahagian besar fokus kita tumpu untuk melaksanakan agenda reformasi tapi ada kalanya kita mungkin tertinggal untuk mendengar akar umbi,” katanya.

[caption id="attachment_693841" align="aligncenter" width="700"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) ketika program Rewang Mantai Anak Muda di Dewan Beringin Seri Gombak, Gombak pada 29 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_693844" align="aligncenter" width="700"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbanagan hari raya kepada anak yatim ketika program Rewang Mantai Anak Muda di Dewan Beringin Seri Gombak, Gombak pada 29 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_693842" align="aligncenter" width="700"] Peserta bergotong-royong dalam program Rewang Mantai Anak Muda di Dewan Beringin Seri Gombak, Gombak pada 29 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_693843" align="aligncenter" width="700"] Peserta bergotong-royong dalam program Rewang Mantai Anak Muda di Dewan Beringin Seri Gombak, Gombak pada 29 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.