ad
AGENDA

AMK diseru manfaat pemilihan, perkukuh parti, tingkat kekuatan bersama

29 Mac 2025, 6:55 AM
AMK diseru manfaat pemilihan, perkukuh parti, tingkat kekuatan bersama
AMK diseru manfaat pemilihan, perkukuh parti, tingkat kekuatan bersama
AMK diseru manfaat pemilihan, perkukuh parti, tingkat kekuatan bersama
AMK diseru manfaat pemilihan, perkukuh parti, tingkat kekuatan bersama
AMK diseru manfaat pemilihan, perkukuh parti, tingkat kekuatan bersama

GOMBAK, 29 MAC: Anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK) yang akan bertanding di pelbagai peringkat pemilihan parti diseru memanfaatkan peluang untuk mengukuhkan parti dan meningkatkan kekuatan secara bersama.

Naib Presiden KEADILAN Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pemilihan parti adalah peluang terbaik menggembleng kekuatan organisasi selain membuka ruang membawa parti ke arah lebih gemilang.

“Ingatan saya kepada AMK yang nak bertanding pada pemilihan, ambil peluang baik untuk kita gembleng kekuatan. Kalau serangan hanya dalaman atau peribadi, tidak angkat, bawa nasib dan masa depan parti, ia tidak akan bawa kebaikan.

[caption id="attachment_693823" align="aligncenter" width="1095"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika program Rewang Mantai Anak Muda di Dewan Beringin Seri Gombak, Gombak pada 29 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Selain itu, saya minta kalau boleh bagi sokongan kepada pimpinan yang menang nanti atau kepada mereka yang betul-betul tampil ke depan dan kena ingat bila kita menang dan mentadbir, kestabilan itu penting untuk kelangsungan.

“Jaga adab, jaga tingkah laku. Kestabilan penting untuk kelangsungan, perubahan perlu tapi jangan sampai berkocak besar. Itu kita kena hati-hati kalau tidak kemungkinan akan beri imej tidak baik kepada (parti),” katanya.

Beliau berucap pada program mantai anak muda anjuran pejabat Parlimen Gombak dan AMK yang disertai kira-kira 200 peserta hari ini. Program itu turut menyaksikan 100 asnaf dan anak yatim menerima sumbangan duit raya, baju raya dan bakul makanan.

Terdahulu, Amirudin sempat meluangkan masa menyembelih kambing serta melapah lembu yang dagingnya diagihkan kepada kira-kira 400 penerima di sekitar Parlimen Gombak.

Dalam pada itu, Amirudin mahu AMK melipatganda aktiviti kemasyarakatan bagi memastikan anak muda terutamanya, memahami peranan parti dalam membangunkan masyarakat dan mendorong penglibatan lebih bermakna daripada mereka.

[caption id="attachment_693824" align="aligncenter" width="854"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyembelih kambing ketika program Rewang Mantai Anak Muda di Dewan Beringin Seri Gombak, Gombak pada 29 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Saya minta kalau boleh AMK menggerakkan aktiviti (kemasyarakatan) dengan lebih rancak. Tidak perlu tunggu senior, peringkat tertinggi negeri, cabang atau pusat untuk turun dan sampai kepada rakyat.

“Jaminan kemenangan adalah kepercayaan rakyat. Kepercayaan rakyat bukan hanya perkhidmatan tapi kalau kita ada misi, visi yang jelas tentang negara dan masa depan.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sedang bertungkus-lumus laksanakan. Nak bentuk parti, nak bentuk Malaysia Madani, kita pimpinan yang ada kena ambil tanggungjawab untuk laksanakan, gembleng imej negara Madani dan Malaysia sesuai dengan citra yang telah dikembangkan oleh perdana menteri,” katanya.

Setiausaha Agung KEADILAN Dr Fuziah Salleh sebelum ini berkata pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan Cabang ditetapkan pada 11 hingga 20 April.

Fuziah berkata pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat pula akan dilaksanakan pada 24 Mei.

[caption id="attachment_693825" align="aligncenter" width="1147"] Peserta bergotong-royong dalam program Rewang Mantai Anak Muda di Dewan Beringin Seri Gombak, Gombak pada 29 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

[caption id="attachment_693826" align="aligncenter" width="1332"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) ketika program Rewang Mantai Anak Muda di Dewan Beringin Seri Gombak, Gombak pada 29 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.