ad
AGENSI

Rancak Raya 2025 papar suka duka petugas Media Selangor raikan Syawal

29 Mac 2025, 3:43 AM
Rancak Raya 2025 papar suka duka petugas Media Selangor raikan Syawal

Oleh: Anna Farina Abdul Rauf

SHAH ALAM, 29 MAC: Sempena Aidilfitri, Media Selangor kembali membawakan program Rancak Raya 2025 dari 1 hingga 3 Syawal ini.

Bermula jam 9 malam, program hiburan ini menampilkan enam petugas Media Selangor yang berkongsi pengalaman, kisah suka duka dalam menyambut Syawal.

Dihoskan oleh Nizam Arifin dan Syaza Atikah Ibrahim, setiap episod mengetengahkan topik berbeza bagi menggamit nostalgia serta membuka perbincangan menarik mengenai perayaan Aidilfitri.

Bagi episod pertama, topik yang diketengahkan ialah "Balik Kampung: Wajib atau Pilihan", membincangkan dilema antara tradisi dan tuntutan kerja manakala episod kedua ialah "Raya Dulu vs Raya Sekarang", mengupas perubahan sambutan Aidilfitri dari generasi ke generasi.

Episod terakhir pula bertajuk "Raya Terpaling..." yang bakal membawakan sisi santai dan cerita unik tentang sambutan Aidilfitri yang luar biasa.

Orang ramai boleh menonton Rancak Raya 2025 di semua platform Media Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.