Kemeriahan Syawal semakin dirasai selepas sebulan umat Islam berpuasa. Seperti kelaziman, pusat beli-belah, butik, pasar raya menjadi tumpuan orang ramai membuat persiapan menyambut hari raya. Di Shah Alam, antara tumpuan adalah di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor atau Kompleks PKNS dan gedung tekstil Jakel di Seksyen 7. Jurugambar AHMAD ZAKKI JILAN, NUR ADIBAH AHMAD IZAM dan NUR FATIHAH HAMIZI melakukan tinjauan di lokasi berkenaan seterusnya merakam detik pengunjung terutama ibu bapa membeli pakaian serta kelengkapan buat ahli keluarga.
[caption id="attachment_693761" align="aligncenter" width="1165"] Saif Akhdan Saiful Bahari,13, dibantu bapanya Saiful Bahari Yunos,42, mencuba songkok ketika membeli kelengkapan hari raya di Jakel Shah Alam.[/caption]
[caption id="attachment_693762" align="aligncenter" width="1042"] Golongan wanita memilih baju, tudung sebagai persiapan hari raya yang bakal tiba beberapa hari lagi.[/caption]
[caption id="attachment_693763" align="aligncenter" width="1320"] Pekerja butik Khatam melayan pengunjung dalam program jom beli baju raya bersama anak Orang Asli dan golongan kurang berkemampuan anjuran MBSA di Eco Ardence Seksyen U12.[/caption]
[caption id="attachment_693764" align="aligncenter" width="1017"] Nur Syalasiah Samhiruddin, 21, memilih aksesori di salah sebuah gerai di Kompleks PKNS.[/caption]
[caption id="attachment_693765" align="aligncenter" width="1110"] Nur Zakyyah Ahmad Zaki membantu suami Mohd Shafiq Alfi Hassan mencuba baju Melayu di Kompleks PKNS.[/caption]
[caption id="attachment_693766" align="aligncenter" width="1197"] Usahawan Siti Nur Najah Mohamad Sabri, 23, menyusun pelbagai kuih raya di Kompleks PKNS.[/caption]
[caption id="attachment_693767" align="aligncenter" width="1305"] Kedai gunting rambut Joe Barber Shop di Kompleks PKNS turut menjadi tumpuan ramai menjelang hari raya.[/caption]
[caption id="attachment_693768" align="aligncenter" width="1273"] Muhamad Alfatah Faisal,10, mencuba capal di Riaz Arshad yang menjual koleksi busana Melayu.[/caption]
[caption id="attachment_693769" align="aligncenter" width="1236"] Pelbagai corak dan jenis sampul duit raya boleh didapati di Kompleks PKNS.[/caption]
[caption id="attachment_693770" align="aligncenter" width="1116"] Umat Islam membayar zakat selepas selesai solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.[/caption]