ad
BERITA UTAMA

Program ibadah korban diteruskan, dana RM6 juta agih ribuan lembu, kambing

28 Mac 2025, 2:00 PM
Program ibadah korban diteruskan, dana RM6 juta agih ribuan lembu, kambing

SHAH ALAM, 28 MAC: Program ibadah korban sempena Aidiladha diteruskan tahun ini melibatkan peruntukan berjumlah RM6 juta, kata EXCO pertanian.

Dato’ Ir Izham Hashim berkata pentadbiran negeri bakal mengagihkan 700 lembu serta 1,000 kambing kepada institusi agama Islam bagi menyempurnakan ibadah korban.

“Sebanyak 300 lembu akan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk diagih kepada masjid manakala baki termasuk kambing untuk surau dan komuniti setempat

“Semua haiwan korban akan diedar ahli dewan negeri, penyelaras Dewan Undangan Negeri serta wakil Jais. Perasmian program pada 18 Mei oleh Dato’ Menteri Besar,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata sebanyak 25 syarikat dipilih membekalkan lembu manakala 25 syarikat lagi membekal kambing bagi menjayakan program berkenaan.

“Proses memilih pembekal sudah dibuat secara undian kerja pada 20 Mac,” katanya.

Tahun lalu, Kerajaan Negeri memperuntuk jumlah sama bagi sumbangan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.