ad
PBT

MBDK kumpul hampir satu tan lebihan makanan bazar, diagih elak bazir

28 Mac 2025, 10:35 AM
MBDK kumpul hampir satu tan lebihan makanan bazar, diagih elak bazir
MBDK kumpul hampir satu tan lebihan makanan bazar, diagih elak bazir

SHAH ALAM, 28 MAC : Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dengan kerjasama Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia menyelamatkan hampir satu tan lebihan juadah di bazar Ramadan menerusi program MySaveFood.

Datuk Bandarnya Dato’ Abd Hamid Hussain berkata dua bazar terlibat adalah bazar Ramadan Jalan Sri Sarawak, Taman Sri Andalas dan bazar Ramadan Simpang Empat Teluk Pulai.

"Sebanyak 969.61 kilogram (kg) lebihan makanan yang masih elok dan boleh dimakan berjaya diselamatkan sejak 17 hingga 21 Mac lalu.

"Lebihan juadah ini kemudian kita agihkan kepada Surau An-Nur, Bengkel Daya Klang, Maahad Tahfiz Al-Hirah dan Pertubuhan Nur Kasih di Klang," katanya menerusi mesyuarat penuh hari ini.

[caption id="attachment_693617" align="aligncenter" width="678"] Datuk Bandar Klang Dato’ Abd Hamid Hussain Ketika mempengerusikan mesyuarat penuh ahli Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dan ketua jabatan di Bilik Mesyuarat Raja Mahadi MBDK pada 28 Mac 2025. Foto Facebook Majlis Bandaraya Diraja Klang[/caption]

Dalam pada itu, sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba Abd Hamid berkata MBDK turut menyediakan perkhidmatan kenderaan transit untuk ke Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

"Perkhidmatan kenderaan transit ini disediakan bersebelahan pejabat kubur berkenaan bagi memudahkan waris dan keluarga untuk menziarahi pada hari perayaan nanti.

"Dalam pada itu, semua pasar awam milik MBDK juga akan ditutup pada Hari Raya Aidilfitri pertama dan kembali dibuka pada hari raya kedua," katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.