ad
ADN

Selcat sedia borang kaji selidik kumpul maklumat isu infra pelaburan

28 Mac 2025, 5:07 AM
Selcat sedia borang kaji selidik kumpul maklumat isu infra pelaburan
Selcat sedia borang kaji selidik kumpul maklumat isu infra pelaburan

SHAH ALAM, 28 MAC: Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) menyediakan borang kaji selidik bagi mengumpul maklumat berkait infrastruktur.

Dalam kenyataan, pengerusinya Lau Weng San berkata langkah itu bagi mengenal pasti dan menganalisis cabaran serta isu dihadapi sektor berkenaan berkaitan pelaburan di negeri ini.

Beliau menjelaskan maklumat diterima akan dijadikan asas siasatan untuk mengambil langkah yang lebih berkesan bagi menangani cabaran tersebut dan memperkukuhkan pembangunan infrastruktur.

[caption id="attachment_675228" align="aligncenter" width="784"] Speaker Dewan Negeri Selangor, Lau Weng San pada sidang media selepas Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Ke-15 di luar Dewan Negeri Selangor pada 27 November 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Jawatankuasa menerima beberapa aduan tentang isu infrastruktur berkaitan pelaburan di Selangor dan memutuskan untuk menyiasatnya secara lebih lanjut.

"Oleh itu, Selcat mengambil keputusan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci bagi memudahkan siasatan terhadap isu yang dibangkitkan," katanya..

Justeru, beliau mengalu-alukan pelabur, pengilang serta pemegang taruh untuk mengisi borang berkenaan yang disiarkan di portal Dewan Negeri Selangor (DNS) atau pautan berikut: https://forms.gle/591qfD5VJxVvAHjU7.

Weng San menambah borang itu hanya untuk mengumpul maklumat tambahan dan bukanya menerima aduan, dengan setiap maklum balas diterima akan diteliti jawatankuasa.

“Pihak urusetia DNS akan menghubungi responden untuk mendapatkan penjelasan atau maklumat lanjut jika diperlukan,” katanya menambah usaha itu akan terus memperkukuh pelaburan baharu di Selangor.

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.