ad
AGENSI

Mohd Khaidzir dilantik CEO baharu Zakat Selangor berkuat kuasa 7 April

28 Mac 2025, 4:00 AM
Mohd Khaidzir dilantik CEO baharu Zakat Selangor berkuat kuasa 7 April
Mohd Khaidzir dilantik CEO baharu Zakat Selangor berkuat kuasa 7 April

SHAH ALAM, 28 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini mengumumkan pelantikan Mohd Khaidzir Shahari sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 7 April 2025.

Mohd Khaidzir menggantikan Mohd Sabirin Mohd Sarbini, yang melengkapkan penggal perkhidmatan tiga tahun sebagai CEO LZS pada 31 Mac ini, menurut Divisyen Komunikasi Korporatnya.

Menerusi kenyataan, agensi itu memaklumkan Mohd Khaidzir berpengalaman lebih 25 tahun dalam tadbir urus korporat, kewangan, pengurusan risiko, pematuhan, kawalan dalaman dan pengauditan.

"Sepanjang kerjayanya, Mohd Khaidzir berperanan penting dalam penilaian kawalan dalaman, audit risiko dan penstrukturan tadbir urus korporat," jelas LZS.

Beliau sebelum ini merupakan rakan kongsi dan pengarah eksekutif di KPMG Malaysia, selain mengetuai Tadbir Urus, Risiko dan Pematuhan di KPMG Management & Risk Consulting Sdn Bhd.

[caption id="attachment_683506" align="aligncenter" width="812"] Menara Zakat Sultan Idris Shah di Seksyen 14, Shah Alam pada 23 Januari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Beliau juga berpengalaman dalam memberi nasihat dan pengauditan antaranya kepada syarikat antarabangsa, syarikat tersenarai awam dan syarikat berkaitan kerajaan.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa

Malaysia, Mohd Khaidzir merupakan akauntan bertauliah dari Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Beliau juga ahli Chartered Institute of Management Accountant, Certified Global Management Accountant dan Certified Internal Auditor, dan anggota Jawatankuasa Kewangan Islam, MIA.

"Atas kepakarannya, beliau turut diberi kepercayaan menjadi presiden Institut Juruaudit Dalaman Malaysia. Pelantikan Mohd Khaidzir diharap dapat memperkukuh pengurusan dan gerak kerja LZS.

"Di samping (itu), mempertingkat tadbir urus korporat agar LZS kekal berdaya saing serta terus

memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di Selangor, khususnya asnaf," kata LZS.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.