ad
AGENDA

Sultan iktiraf kejayaan TH bukti pelan penstrukturan berjaya, kata Mujahid

28 Mac 2025, 3:58 AM
Sultan iktiraf kejayaan TH bukti pelan penstrukturan berjaya, kata Mujahid
Sultan iktiraf kejayaan TH bukti pelan penstrukturan berjaya, kata Mujahid

SHAH ALAM, 28 MAC: Pengiktirafan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) bukti pelan penstrukturan dan pemulihan yang dilaksana pada 2018 sebagai langkah tepat.

Bekas Menteri Agama Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa pelan yang dibangunkan bagi memulihkan semula pengurusan TH berikutan defisit hutang ketika itu mencecah RM10 bilion, lapor Free Malaysia Today.

Beliau berkata rombakan besar itu bagi menyelamatkan badan pengurusan haji negara daripada terus dimanipulasi oleh kepentingan politik meskipun dikecam hebat sesetengah pihak.

“Bila saya ambil alih (jawatan menteri agama), perkara pertama saya buat pastikan TH bebas campur tangan politik. Kita lantik pengerusi dan ahli lembaga pengarah profesional dan pakar syariah.

“Kedua, kita pastikan dividen dibayar mengikut kemampuan kewangan sebenar TH ketika itu, bukan orang politik yang tentukan dengan tujuan bagi rakyat seronok.

[caption id="attachment_300786" align="alignnone" width="1000"] Bekas Menteri Agama Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa[/caption]

"Lagi-lagi bila masuk musim pilihan raya, bagi dividen tinggi walaupun hakikatnya nilai liabiliti lagi tinggi dari aset,” katanya seperti dilaporkan portal berkenaan.

Mengakui pernah dilabel sebagai menteri 'paling jahat' dan 'paling teruk' dalam sejarah, Dr Mujahid berkata ia berlaku apabila pihaknya mengumumkan dividen rendah.

"Realitinya pembayaran dividen ketika itu (sebelum 2018) tidak mengikut Akta Tabung Haji,” katanya sambil menambah ia amat berbahaya kepada kelangsungan operasi TH untuk jangka panjang.

Jelasnya, beliau hanya bertindak atas nasihat pengurusan tertinggi TH dalam kalangan kumpulan profesional seperti termaktub dalam Akta Tabung Haji 1995 semasa pelan pemulihan itu.

Kelmarin, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan kesyukuran apabila TH kini diterajui ahli profesional dan berpengalaman dalam syarikat, berbanding ‘pengaruh politik’ sebelum ini.

Baginda bertitah kesan kepada perubahan pucuk pimpinan dapat dilihat apabila prestasi institusi berkenaan secara beransur-ansur meningkat dari tahun ke tahun.

Pada 21 Mac, TH mengumum agihan keuntungan lebih baik iaitu 3.25 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan 2024, kadar tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.

Mujahid menambah walaupun Sultan Selangor tidak menyebut secara khusus ‘kesan perubahan pucuk pimpinan’ itu, beliau percaya ia merujuk penstrukturan besar-besaran TH ketika di bawahnya.

“Terima kasih Tuanku kerana melihat perkara itu (penstrukturan TH) dan (prestasi kewangan TH semakin baik) semuanya ikhtiar atau tekad yang kita buat bermula 2018,” katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.