ad
AGENDA

Aliran trafik di sempadan masuk Gua Musang-Kuala Lipis sesak pagi ini

28 Mac 2025, 1:46 AM
Aliran trafik di sempadan masuk Gua Musang-Kuala Lipis sesak pagi ini

KOTA BHARU, 28 MAC: Aliran trafik di beberapa jalan utama Persekutuan di jajahan Gua Musang dilaporkan sesak sehingga pukul 9 pagi ini, berikutan orang ramai mula pulang bagi menyambut Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata walaupun berlaku kesesakan dan pergerakan kenderaan agak perlahan, namun aliran trafik masih terkawal.

"Kesesakan berlaku terutamanya di sempadan masuk Gua Musang-Kuala Lipis, yang merupakan kawasan ‘bottle neck’ sepanjang kira-kira lima kilometer (km).

"Keadaan ini berpunca daripada pertambahan kenderaan yang masuk dari Kuala Lumpur ke negeri ini melalui pintu masuk Gua Musang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurut beliau, kesesakan paling ketara berlaku di sempadan Gua Musang-Kuala Lipis disebabkan laluan yang menyempit daripada dua lorong kepada satu lorong.

Katanya pihak polis akan menjalankan penyuraian trafik secara berkala bagi mengurangkan masalah kesesakan.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.