ad
BERITA UTAMA

Beli-belah saat akhir, karnival 72 jam tawar barang raya harga murah

28 Mac 2025, 12:18 AM
Beli-belah saat akhir, karnival 72 jam tawar barang raya harga murah
Beli-belah saat akhir, karnival 72 jam tawar barang raya harga murah

SHAH ALAM, 28 MAC: Julung kali diadakan, karnival Raya Vibes 2025 berlangsung tanpa henti selama 72 jam bermula malam tadi hingga Sabtu di parkir Stadium Shah Alam, dekat sini.

EXCO Kemajuan Desa Datuk Rizam Ismail berkata program melibatkan lebih 100 peniaga menawarkan pelbagai kelengkapan menjelang Aidilfitri seperti pakaian, sampin dan kuih-muih.

“Raya Vibes 2025 bukan sekadar acara perayaan tetapi manifestasi usaha negeri dalam memperkukuh ekonomi rakyat melalui sokongan terhadap peniaga dan usahawan tempatan.

[caption id="attachment_693550" align="aligncenter" width="751"] EXCO Kemajuan Desa Pengguna Datuk Rizam Ismail berucap sempena program perasmian program Raya Vibes 72 Jam Jualan Meriah Raya Tanpa Henti di pekarangan Stadium Shah Alam pada 27 Mac 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Oleh itu, Kerajaan Negeri sedia menjadikannya acara tahunan yang bukan sahaja menghidupkan suasana Syawal, tetapi juga memberi manfaat ekonomi kepada rakyat Selangor,” katanya.

Berucap merasmikan karnival itu malam tadi, Rizam berkata program berkenaan turut memberi peluang kepada rakyat mendapatkan barangan berkualiti pada harga berpatutan.

Beliau menjelaskan usaha itu selaras aspirasi Kerajaan Negeri yang mahu memperkukuh sektor keusahawanan terutama dalam kalangan belia, wanita dan koperasi.

Karnival berkenaan turut menampilkan selebriti seperti Achey dan Fad Bocey, Elyana, Azan Scan dan Wan Scoin, dengan tawaran cabutan bertuah setiap hari.

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.