ad
AGENSI

LZS bina lebih 90 rumah baharu untuk asnaf tahun lalu

27 Mac 2025, 2:10 PM
LZS bina lebih 90 rumah baharu untuk asnaf tahun lalu
LZS bina lebih 90 rumah baharu untuk asnaf tahun lalu

SHAH ALAM, 27 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan lebih 90 rumah baharu dibina untuk asnaf fakir dan miskin di seluruh negeri sepanjang tahun lalu.

Selain asnaf berdaftar bawah LZS, mereka disyaratkan tidak mempunyai rumah atau kediaman sedia ada terlalu uzur, tidak selamat, serta tidak berbaloi untuk dibaik pulih.

“Pemohon mempunyai tapak atau tanah dengan taraf hak milik sendiri dan nama pemohon atau pasangan tersenarai di dalam geran tanah,” katanya dalam kenyataan.

Agensi itu turut mengutamakan asnaf yang menanggung empat atau lebih tanggungan sebagai antara syarat mendapat rumah.

“Semoga rumah ini dapat memberi keselesaan dan keceriaan buat keluarga. Jaga dan pelihara rumah ini sebaik-baiknya,” maklumnya lagi.

Menurut Facebook LZS, sebanyak RM144 juta disalurkan bagi menyantuni asnaf yang memerlukan bantuan tempat tinggal pada 2023.

Bantuan disalurkan melalui Bantuan Bina Rumah sebanyak RM2.7 juta, Bantuan Baik Pulih (RM22.5 juta) dan Bantuan Sewa Rumah (RM118.8 juta).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.