ad
AGENDA

80,000 kenderaan dijangka masuk Terengganu sehari mulai esok

27 Mac 2025, 1:37 PM
80,000 kenderaan dijangka masuk Terengganu sehari mulai esok

JERTIH, 27 MAC: Polis Terengganu menugaskan 22 pegawai dan 136 anggota polis trafik bagi memastikan kelancaran aliran trafik pada musim perayaan Aidilfitri ini.

Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata mereka akan ditugaskan di seluruh negeri sepanjang Op Selamat 24 yang bermula 29 Mac hingga 3 April ini.

“Kita menjangkakan sebanyak 80,000 kenderaan akan memasuki negeri Terengganu setiap sehari menjelang Aidilfitri melalui Kelantan dan Pahang bermula esok,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Musim Perayaan Aidilfitri peringkat negeri Terengganu 2025 di pintu gerbang sempadan Terengganu–Kelantan dekat Kampung Lak Lok di sini hari ini.

Wan Rukman berkata sepanjang Op Selamat 23 tahun lepas, sebanyak enam kes kemalangan maut direkodkan di negeri ini dan polis berharap tidak ada kejadian sama berulang sepanjang musim ini.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.