ad
AGENSI

Pengunjung memborong di Jualan Ehsan Rahmah untuk raya, jamuan

27 Mac 2025, 7:07 AM
Pengunjung memborong di Jualan Ehsan Rahmah untuk raya, jamuan
Pengunjung memborong di Jualan Ehsan Rahmah untuk raya, jamuan
Pengunjung memborong di Jualan Ehsan Rahmah untuk raya, jamuan
Pengunjung memborong di Jualan Ehsan Rahmah untuk raya, jamuan

SHAH ALAM, 27 MAC: Pengunjung Jualan Ehsan Rahmah (JER) mega sempena Aidilfitri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik mengambil peluang memborog pelbagai barangan asas murah untuk membuat persiapan raya.

Seorang pembeli Norhayati Mahmud, 47, berkata dia membeli barangan untuk memasak bagi majlis juadah bawaan (potluck) raya bersama jiran tetangga di kediaman mereka di Flat Nilam Sari.

“Saya beli bukan untuk persiapan hari raya pertama lagipun raya nanti balik kampung di Taiping, Perak… tetapi borong ayam, daging, telur hari ini untuk buat majlis makan bersama komuniti.

[caption id="attachment_693475" align="alignleft" width="442"] Norhayati Mahmud, 47. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kebetulan ada jualan murah, kita beli terus buat stok lepas balik kampung nanti. Kami duduk flat susah nak pergi rumah ke rumah, lebih baik buat juadah bawaan dekat ruang bawah rumah dengan komuniti.

“Terima kasih JER sebab bagi kami borong lebih, memang sangat jimat dan berpatutan,” kata suri rumah itu ketika ditemui di JER DUN Kota Anggerik di pekarangan Medan Selera Seksyen 7 (Selera Mutiara) di sini hari ini.

Manakala, pesara Othman Ali, 68, pula sanggup datang dari Seksyen 17 ke Seksyen 7 apabila mendapat tahu ada jualan murah tersebut, hari ini.

“Saya beli antaranya ayam, telur dan daging… selain masak untuk berbuka puasa, ia juga sebahagian simpanan bagi persiapan hari raya nanti.

“Beli tidak banyak pun sebab raya nanti anak-anak datang bawa makanan cuma ambil kesempatan berkunjung ke JER hari ini kerana harga ditawarkan murah sangat. Harap dianjurkan lebih kerap,” katanya.

[caption id="attachment_693476" align="alignright" width="453"] Othman Ali, 68. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Selain itu, Yap Ah Yoon, 68, mengambil peluang membeli-belah di JER mega Aidilfitri selepas mendapat tahu penganjuran program berkenaan menerusi Facebook Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

“Hari ini saya beli 10 ekor ayam, lima beg beras. Beli banyak sebab satu rumah tinggal 13 orang bersama suami, anak dan cucu. Suka masak bagi mereka makan, kongsi rezeki.

“Sudah banyak kali berkunjung ke JER anjuran Kerajaan Selangor ini, barangannya bukan sahaja murah tetapi berkualiti,” katanya.

Bermula 9 pagi, orang ramai berpeluang membeli ayam seekor (RM12), daging pejal (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM13).

Inisiatif jualan murah itu turut menawarkan produk baharu iaitu tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM16.00) dan lampin bayi pakai buang (RM12).

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

[caption id="attachment_693477" align="alignleft" width="486"] Yap Ah Yoon, 68. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS berkata program JER mega sempena Aidilfitri yang menawarkan barangan asas dengan harga berpatutan dianjur pada 26 hingga 28 Mac ini.

Menurut Datuk Wira Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi sebanyak 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) dikenal pasti terlibat jualan murah berkenaan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.