ad
AGENDA

Aidilfitri: Aliran trafik KL-Kota Bharu melalui Gua Musang meningkat

27 Mac 2025, 5:26 AM
Aidilfitri: Aliran trafik KL-Kota Bharu melalui Gua Musang meningkat

KOTA BHARU, 27 MAC: Aliran trafik dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu melalui Gua Musang menunjukkan peningkatan berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman bersempena dengan sambutan Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata bilangan kenderaan bertambah di sepanjang laluan Gua Musang–Kota Bharu, terutamanya melibatkan kenderaan memasuki Kelantan.

“Pergerakan trafik masih terkawal, namun terdapat sedikit kesesakan di beberapa lokasi utama. Pihak polis telah menggerakkan semua anggota trafik dan tugas am dalam operasi khas bagi memastikan kelancaran aliran kenderaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya agar merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan kesesakan lebih teruk, terutamanya di kawasan tumpuan tinggi.

– BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.