ad
SELANGOR

Sultan berkenan serah sumbangan raya, terima zakat niaga RM7.65 juta

26 Mac 2025, 1:07 PM
Sultan berkenan serah sumbangan raya, terima zakat niaga RM7.65 juta
Sultan berkenan serah sumbangan raya, terima zakat niaga RM7.65 juta
Sultan berkenan serah sumbangan raya, terima zakat niaga RM7.65 juta

SHAH ALAM, 26 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama rakyat dan merasmikan Masjid Raja Bendahara Tengku Badar Shah, Denai Alam di sini, hari ini.

Keberangkatan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Baginda berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM211,500 kepada 423 penerima meliputi 110 asnaf fakir, miskin (239) dan mualaf (74).

[caption id="attachment_693413" align="alignnone" width="979"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merasmikan Masjid Raja Bendahara Tengku Badar Shah, Denai Alam, Shah Alam pada 26 Mac 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sultan Sharafuddin turut berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM7.65 juta daripada empat syarikat iaitu Tenaga Nasional Berhad (RM3.39 juta) dan Amanah Hartanah Bumiputera (RM1.86 juta).

Dua lagi syarikat adalah CIMB Islamik Bank Berhad yang mengeluarkan zakat sebanyak RM1.2 juta dan Safeguards Secure Solution Sdn Bhd (RM1.2 juta).

Baginda yang diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari kemudian melafaz perasmian berkenaan yang siap dibina tahun lalu dengan kos RM24.1 juta.

[caption id="attachment_693414" align="alignnone" width="976"] Masjid Raja Bendahara Tengku Badar Shah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Denai Alam, Shah Alam pada 26 Mac 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Masjid yang dibina dengan kerjasama Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) yang menyumbang RM12 juta, mampu memuatkan sehingga 4,500 jemaah dalam satu-satu masa.

Sultan Sharafuddin turut berkenan berbuka puasa, menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih bersama rakyat di masjid berkenaan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.