ad
AGENSI

Raja Muda Selangor berkenan hadir program iftar, kurnia sumbangan duit raya

26 Mac 2025, 7:00 AM
Raja Muda Selangor berkenan hadir program iftar, kurnia sumbangan duit raya

PETALING JAYA, 26 MAC: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menghadiri Program Iftar Kasih Ukhwah anjuran Yayasan TZA di Kolej Komuniti Kelana Jaya (KKKJ), semalam.

Pada majlis tersebut, baginda berkenan menandatangani buku pelawat KKKJ serta melawat sekitar kolej itu.

Baginda diiringi oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, yang juga Penasihat Yayasan TZA, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Selain itu, baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan duit raya kepada 160 penuntut KKKJ sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

KKKJ turut menerima sumbangan 160 kotak makanan serta dua unit komputer riba daripada Yayasan TZA.

Dalam ucapannya, Tengku Zafrul menyatakan bahawa anak muda memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi Malaysia ke arah industri berteknologi tinggi, selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.

“Para pelajar perlu memanfaatkan peluang pendidikan dan kemahiran yang disediakan serta menggalakkan semangat keusahawanan dan inovasi,” katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.