ad
AGENDA

Banjir di Johor: Seramai 909 mangsa berlindung di PPS setakat 8 pagi

26 Mac 2025, 1:23 AM
Banjir di Johor: Seramai 909 mangsa berlindung di PPS setakat 8 pagi

JOHOR BAHRU, 26 MAC: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor kekal 909 orang daripada 275 keluarga setakat 8 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata semua mangsa ditempatkan di 10 PPS yang beroperasi di dua daerah terjejas iaitu Batu Pahat dan Pontian.

“Daerah Batu Pahat mencatatkan 619 mangsa daripada 193 keluarga, sementara Pontian pula merekodkan 290 orang daripada 82 keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata keadaan cuaca di sembilan daerah di negeri itu dijangka cerah kecuali Pontian yang kelihatan mendung pagi ini.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.