ad
AGENDA

Skim harga musim raya: KPDN Selangor periksa 948 premis niaga

25 Mac 2025, 12:31 PM
Skim harga musim raya: KPDN Selangor periksa 948 premis niaga
Skim harga musim raya: KPDN Selangor periksa 948 premis niaga

KAJANG, 25 MAC: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menjalankan 948 pemeriksaan ke atas premis perniagaan seluruh negeri sejak Januari hingga hari ini.

EXCO Pengguna Datuk Rizam Ismail berkata hasil pemeriksaan sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2025 mendapati 38 premis runcit melakukan kesalahan tidak meletakkan tanda harga.

“37 peniaga tidak meletak tanda khas manakala satu kedai runcit tidak mempamer tanda harga. KPDN Selangor sentiasa membuat pemantauan advokasi di lapangan.

“Alhamdulillah, secara keseluruhan prestasi pematuhan SHMMP berada pada tahap baik, bekalan terkawal dan peniaga memberi kerjasama,” katanya.

[caption id="attachment_693247" align="alignnone" width="842"] EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Datuk Rizam Ismail meninjau jenis barangan dikawal musim perayaan ketika Pemeriksaan Pematuhan SHMMP Aidilfitri 2025 Oleh KPDN Selangor di Pasar Raya Econsave Jalan Reko, Bangi pada 25 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Ditemui selepas melakukan pemeriksaan pematuhan SHMMP di Pasar Raya Econsave Kajang, Rizam memberitahu sejumlah 23 barangan yang terlibat dalam skim ini diperiksa di bawah penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Mengikut KPDN peringkat pusat sebanyak 26 barangan berada dalam pemantauan namun di Selangor hanya melibatkan 23 jenis sahaja.

“Pemeriksaan tumpu pematuhan penggunaan tanda harga berwarna jambu dan penggunaan penentusahan alat timbang sukat di kalangan peniaga,” jelasnya.

23 barangan disenaraikan di bawah SHMMP Hari Raya Puasa 2025 ialah daging kerbau import, daging lembu tempatan, ikan kembung, ikan selayang, kubis bulat import, sawi hijau, timun, tomato, cili merah, kacang panjang dan lobak merah.

Barangan lain merangkumi bawang kuning besar, bawang merah besar import, bawang ros, bawang putih, ubi kentang import, halia tua import, kacang tanah, cili kiring kerinting, kelapa biji, kelapa parut serta santan.

Pelaksanaan skim ini berkuat kuasa selama 15 hari bermula 24 Mac hingga 7 April depan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.