ad
AGENDA

Lelaki muat naik hantaran hina Islam di Facebook ditahan

25 Mac 2025, 11:31 AM
Lelaki muat naik hantaran hina Islam di Facebook ditahan

KUALA LUMPUR, 25 MAC: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun kerana disyaki memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap agama Islam menerusi akaun Facebook baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata lelaki itu ditahan sepasukan polis Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman di sebuah rumah di Taman Johor Jaya, Johor Bahru pada 2.30 petang hari ini.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit disyaki digunakan untuk memuat naik hantaran itu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya kepada Bernama hari ini.

Pada Jumaat lepas, Razarudin berkata polis menyiasat seorang pemilik akaun Facebook selepas disyaki mengeluarkan kenyataan menghina Islam, dengan laporan polis diterima di Balai Polis Jalan Tun Razak, di sini.

Terdahulu, tular menerusi laman media sosial mengenai hantaran mengandungi kenyataan kontroversi mencabar askar dan umat Islam di Malaysia ke Gaza, selain menyindir kecaman diberikan terhadap Israel sebagai tidak bermakna.

Kenyataan itu menimbulkan reaksi pelbagai pihak kerana dianggap menyentuh sensitiviti agama.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.