ad
AGENDA

Kastam gagalkan cubaan seludup pil captagon bernilai RM210 juta

25 Mac 2025, 10:15 AM
Kastam gagalkan cubaan seludup pil captagon bernilai RM210 juta

PELABUHAN KLANG, 25 MAC: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup masuk pil captagon dianggar bernilai RM210 juta dalam serbuan di Pelabuhan Barat di sini pada 6 Mac.

Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Siti Mang berkata pemeriksaan terhadap dua kontena menemukan 3.6 juta pil captagon disyaki mengandungi dadah amphetamine seberat 626 kilogram.

"Pil itu disorokkan dalam ruangan rahsia pada 25 sofa di kontena yang diikrarkan membawa muatan perabot dengan dadah berkenaan hanya dikesan selepas menggunakan anjing pengesan.

"Siasatan awal mendapati kontena itu dibawa masuk akhir tahun lepas dari sebuah negara Timur Tengah dipercayai dalam tempoh transit sebelum dieksport semula ke negara Timur Tengah lain bagi mengaburi pihak berkuasan negara berkenaan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya sedang mengesan jika terdapat individu dari negara ini terlibat dalam kes itu, dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.