ad
AGENDA

Persediaan hadapi kiamat, peringatan Allah dalam Surah Al-Waqiah

25 Mac 2025, 9:00 AM
Persediaan hadapi kiamat, peringatan Allah dalam Surah Al-Waqiah
Persediaan hadapi kiamat, peringatan Allah dalam Surah Al-Waqiah

SHAH ALAM, 25 MAC: Berusaha meningkatkan keimanan dan persediaan rohani untuk menghadapi hari kiamat adalah kewajipan setiap umat Islam.

Mengupas ayat ke-47 hingga ke-56 Surah Al-Waqiah, Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi berkata ayat itu menerangkan peringatan keras daripada Allah SWT kepada golongan yang enggan mempercayai hari kiamat.

“Allah nyatakan bagi golongan yang sesat, bahkan mendustakan adanya hari kiamat, akan ada siksaan yang khusus untuk mereka di akhirat.

“Di neraka, mereka akan diberi makanan dari pohon zaqqum yang pahit, diikuti minum air panas yang menggelegak. Satu seksaan yang kekal dan menyakitkan. Pohon zaqqum itu amat pahit maka tidak ada kenikmatan di situ.

[caption id="attachment_689890" align="aligncenter" width="602"] Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ustaz Faiz Fateh Al Azhari. Surah Al-Fatihah dibacakan oleh juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut[/caption]

“Itulah azab khusus bagi mereka yang menafikan adanya hari akhirat. Semua orang tahu secara ilmu kiamat akan berlaku, tetapi persediaan kepada kematian itu. Persediaan kerohanian perlu, bimbingan rohani yang harus kita insafi bersama,” katanya.

Terdahulu, ayat berkenaan dibaca qariah jemputan yang juga juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut menerusi program 30 hari 30 ayat al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sempena Ramadan.

Sementara itu, Amirudin berkata penting ingatan kita tentang kebenaran berlakunya kiamat dan berusaha meningkatkan iman serta persediaan rohani menghadapinya.

“Kehidupan selepas kiamat, pembelaan hidup kita selepas kiamat itu tidak ada pembuktian secara ilmiah atau secara saintifik seperti peristiwa israk mikraj yang boleh dijelaskan, kecuali keimanan kepada Allah.

“Semoga takwa itu menjemput kita agar keimanan khususnya keimanan kepada kewujudan hari akhirat dan hari kiamat,” katanya.

Program tadabbur yang memasuki tahun ketiga penganjuran disiarkan menerusi platform media sosial Amirudin Shari , Media Selangor dan TV Al-Hijrah mulai 1 Ramadan dimulai dengan kupasan Surah Al-Fatihah.

Berikut episod sebelum ini:

  • Episod 1: Surah Al-Fatihah himpunan keseluruhan kandungan al-Quran
  • Episod 2: Surah Al-Fatihah penting, perakuan sebagai hamba Allah SWT
  • Episod 3: Konsep kasih sayang perlu terus diamal, hindar sifat benci
  • Episod 4: Perhitungan akhirat, syurga, neraka
  • Episod 6: Doa zahir sifat kehambaan
  • Episod 7: Golongan dimurkai, sesat tidak rasai nikmat Allah
  • Episod 8: Al-Mulk miliki nikmat besar, halang azab dan murka Allah
  • Episod 9: Ibadah berkualiti lebih dipandang, laksana penuh ikhlas dan istiqamah
  • Episod 10: Taat perintah Allah, hindari seksa api neraka
  • Episod 11: Faham, dengar amal perkara baik
  • Episod 12: Allah Maha Mengetahui
  • Episod 13: Umat Islam diingatkan sentiasa syukuri rezeki, bertakwa kepada Allah
  • Episod 14: Perumpamaan ciptaan burung dalam konsep rezeki, tawakal
  • Episod 15: Kejayaan, kekuatan dan kekayaan datangnya dari Allah SWT
  • Episod 16: Kematian bukan penamat
  • Episod 17: Rezeki dari Allah, umat Islam perlu syukuri nikmat
  • Episod 18: Kiamat pasti tiba, al-Quran hurai kejadian, nasib manusia
  • Episod 19: Perkukuh rohani, tingkat takwa persiapan hadapi kehidupan akhirat
  • Episod 20: Golongan benar, jujur peroleh ganjaran besar di hari kiamat
  • Episod 21: Hindari lakukan dosa, terus berbuat baik demi ganjaran syurga
  • Episod 22: Golongan taat, tunduk nafsu dijanji nikmat luar biasa
  • Episod 23: Hindar diri jadi golongan ashabul syimal

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.