ad
AGENDA

Sultan Selangor rasmi Masjid Bandar Bukit Raja, sampaikan sumbangan kepada asnaf

24 Mac 2025, 12:31 PM
Sultan Selangor rasmi Masjid Bandar Bukit Raja, sampaikan sumbangan kepada asnaf
Sultan Selangor rasmi Masjid Bandar Bukit Raja, sampaikan sumbangan kepada asnaf
Sultan Selangor rasmi Masjid Bandar Bukit Raja, sampaikan sumbangan kepada asnaf

KLANG, 24 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama rakyat dan merasmikan Masjid Bandar Bukit Raja di sini, hari ini.

Keberangkatan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Baginda berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM229,000 kepada 458 penerima meliputi 149 fakir, 189 miskin dan 120 mualaf.

Baginda kemudian turut berkenan menerima zakat perniagaan daripada dua syarikat iaitu Bank Islam Malaysia Berhad berjumlah RM1.33 juta dan Bawal Eksklusif dengan jumlah RM1 juta.

[caption id="attachment_693100" align="aligncenter" width="1000"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima zakat perniagaan Bank Islam pada majlis berbuka puasa dan sumbangan duit raya kepada asnaf di Masjid Bandar Bukit Raja Klang pada 24 Mac 2025. Foto NUR FATIHAH HAMIZI/MEDIA SELANGOR[/caption]

Dalam majlis sama, Sultan Sharafuddin juga menyaksikan sumbangan wakaf kepada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) berjumlah RM100,000 daripada Majlis Bandaraya Subang Jaya dan Majlis Bandaraya Diraja Klang.

Baginda diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari kemudian melafaz perasmian Masjid Bandar Bukit Raja yang siap dibina pada 2022 dengan kos RM11.9 juta.

Dibina di atas tanah berkeluasan empat ekar, masjid berkenaan berkonsep rekaan terbuka dan mesra hijau, selain mampu memuatkan sehingga 1,900 jemaah dalam satu-satu masa.

Sultan Sharafuddin turut berkenan berbuka puasa, menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih bersama rakyat di masjid berkenaan.

[caption id="attachment_693102" align="aligncenter" width="1020"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada asnaf, fakir miskin dan mualaf pada majlis berbuka puasa dan perasmian Masjid Bandar Bukit Raja Klang pada 24 Mac 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.