ad
AGENDA

Hansard dewan negeri akan didigitalkan bawah inisiatif AI, kata MB

24 Mac 2025, 7:36 AM
Hansard dewan negeri akan didigitalkan bawah inisiatif AI, kata MB
Hansard dewan negeri akan didigitalkan bawah inisiatif AI, kata MB

Oleh Danial Dzulkifly

KUALA LUMPUR, 24 MAC: Rekod rasmi Dewan Negeri Selangor (DNS) akan didigitalkan bagi meningkatkan capaian sebagai sebahagian pelan transformasi kecerdasan buatan (AI) yang meluas.

Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata langkah tersebut juga bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran negeri serta membentuk perkhidmatan awam yang celik teknologi.

Menurutnya, pendigitalan rekod negeri dijangka dapat meningkatkan akses maklumat, mengurangkan kebergantungan terhadap arkib fizikal, serta mempermudah proses legislatif.

“Speaker DNS memberi komitmen menukar salinan fizikal hansard kepada digital untuk diakses bagi penyelidikan dan rujukan,” katanya dalam majlis pelancaran inisiatif Teraju AI di sini hari ini.

[caption id="attachment_687767" align="aligncenter" width="773"] DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan titah bagi Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga DNS[/caption]

Inisiatif itu sebahagian kerjasama antara Google Cloud Malaysia dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) untuk penyelesaian berasaskan AI, bermula dengan 11 agensi.

Fasa pertama inisiatif tiga tahun untuk membangunkan penyelesaian AI dalam pentadbiran negeri, yang dikenali sebagai Teraju AI, akan menelan kos RM5 juta.

Sementara itu, Amirudin menegaskan Selangor bertekad untuk beralih daripada sekadar pengguna kepada pencipta dan penginovasi AI bagi membekalkan penjawat awam dan rakyat dengan kemahiran.

“Daripada sekadar menatap skrin tanpa henti, saya mahu inisiatif ini mencetuskan minat penjawat awam untuk beralih daripada pengguna pasif kepada pencipta dan penginovasi AI,” katanya.

Tambahnya, beberapa bidang lain turut dikenal pasti untuk penerapan AI termasuk meningkatkan kecekapan maklum balas pihak berkuasa tempatan dan memperkasa sistem pentadbiran tanah digital.

Tumpuan lain termasuk mengoptimumkan perkhidmatan pengangkutan seperti bas percuma Selangor dan van transit atas permintaan (DRT).

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.