ad
BERITA UTAMA

80 peratus pusat tahfiz di Selangor sertai pemutihan 2.0

24 Mac 2025, 2:00 AM
80 peratus pusat tahfiz di Selangor sertai pemutihan 2.0
80 peratus pusat tahfiz di Selangor sertai pemutihan 2.0

SHAH ALAM, 24 MAC: Lebih 400 sekolah tahfiz yang beroperasi di negeri ini menyertai program permutihan 2.0 kendalian Persatuan Institusi Tahfiz Selangor (Pitas).

EXCO Agama Islam Dr Mohd Fahmi Ngah berkata jumlah itu merangkumi kira-kira 80 peratus daripada 606 sekolah aliran agama persendirian yang dikesan.

“Selepas ini kita nak kenal pasti syarat-syarat ketat dikenakan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya dapat menyelesaikan masalah, malah saya sedia jumpa EXCO, PBT untuk bincang perkara ini dan pastikan mereka dapat kebenaran beroperasi.

“Bagaimanapun mana-mana pusat yang sedar mereka sememangnya tidak layak, mereka perlu akur hentikan operasi. Cari tapak baharu dan kita juga sedia bantu untuk keselesaan anak tahfiz,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Ijtimak Huffaz Selangor ke-18 dan sambutan jubli perak Pitas di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini semalam.

[caption id="attachment_692961" align="alignnone" width="841"] EXCO Agama Dr Fahmi Ngah (tengah) dan Pengerusi Persatuan Institut Tahfiz Selangor Muhamad Hafiz Muhamad Haneefa bersama barisan pelajar tahfiz pada Majlis Penutup Ijtimak Huffaz Selangor Kali Ke-18 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam pada 23 Mac 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

Fahmi berkata penyertaan sekolah tahfiz dalam program berkenaan dapat menjaga keselamatan warganya selain memudahkan pengurusan mendapat sumbangan dari mana-mana pihak.

Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam (Jais) sebelum ini melaksanakan program pemutihan bagi memastikan institusi tahfiz persendirian mematuhi syarat minimum kebenaran merancang oleh PBT.

Ia bagi membantu pengusaha tahfiz persendirian meneruskan operasi secara sementara, seterusnya menerima bantuan Jais.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.