ad
AGENDA

Golongan taat, tunduk hawa nafsu dijanjikan nikmat luar biasa (VIDEO)

23 Mac 2025, 12:00 PM
Golongan taat, tunduk hawa nafsu dijanjikan nikmat luar biasa (VIDEO)

SHAH ALAM, 23 MAC: Allah SWT menjanjikan nikmat yang luar biasa buat mereka yang taat dan menundukkan hawa nafsu, kata Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi ketika mengupas ayat ke 27 hingga 40 surah al-Waqi’ah.

“Kalau golongan al-muqarrabun dijanjikan nikmat-nikmat yang luar biasa seperti ada bidadari begitu juga ashabul yamin mempunyai isteri atau pasangan yang menggembirakan.

“Jika tidak berpeluang ditempatkan dalam golongan al-muqarrabun, dapat golongan ashabul yamin… dapat bersenang di pohon bidara yang tiada duri, pohon pisang tersusun rapi, air yang sentiasa mengalir dan buah-buah banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi program 30 hari 30 ayat al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sempena Ramadan.

Ayat tersebut dibacakan qariah jemputan yang juga juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut.

Dalam pada itu, Amirudin menjelaskan Ramadan mengajar kita mendidik nafsu dan diharap  menjadi kelompok ashabul yamin di akhirat kelak.

“Pada 10 terakhir Ramadan marilah kita merebut peluang terbaik untuk malam yang lebih baik daripada seribu bulan disamping mempertingkat amalan,” katanya.

Program tadabbur yang memasuki tahun ketiga penganjuran disiarkan menerusi platform media sosial Amirudin Shari , Media Selangor dan TV Al-Hijrah sejak 1 Ramadan dimulai dengan kupasan surah al-Fatihah.

Berikut episod sebelum ini:

  • Episod 1: Surah Al-Fatihah himpunan keseluruhan kandungan al-Quran
  • Episod 2: Surah Al-Fatihah penting, perakuan sebagai hamba Allah SWT
  • Episod 3: Konsep kasih sayang perlu terus diamal, hindar sifat benci
  • Episod 4: Perhitungan akhirat, syurga, neraka
  • Episod 6: Doa zahir sifat kehambaan
  • Episod 7: Golongan dimurkai, sesat tidak rasai nikmat Allah
  • Episod 8: Al-Mulk miliki nikmat besar, halang azab dan murka Allah
  • Episod 9: Ibadah berkualiti lebih dipandang, laksana penuh ikhlas dan istiqamah
  • Episod 10: Taat perintah Allah, hindari seksa api neraka
  • Episod 11: Faham, dengar amal perkara baik
  • Episod 12: Allah Maha Mengetahui
  • Episod 13: Umat Islam diingatkan sentiasa syukuri rezeki, bertakwa kepada Allah
  • Episod 14: Perumpamaan ciptaan burung dalam konsep rezeki, tawakal
  • Episod 15: Kejayaan, kekuatan dan kekayaan datangnya dari Allah SWT
  • Episod 16: Kematian bukan penamat
  • Episod 17: Rezeki dari Allah, umat Islam perlu syukuri nikmat
  • Episod 18: Kiamat pasti tiba, al-Quran hurai kejadian, nasib manusia
  • Episod 19: Perkukuh rohani, tingkat takwa persiapan hadapi kehidupan akhirat
  • Episod 20: Golongan benar, jujur peroleh ganjaran besar di hari kiamat
  • Episod 21: Hindari lakukan dosa, terus berbuat baik demi ganjaran syurga

[embed]https://www.tiktok.com/@amirudinshari/video/7484870294352465169?lang=en[/embed]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.