ad
ADN

800 golongan memerlukan di DUN Taman Medan terima baucar raya RM200

22 Mac 2025, 1:00 PM
800 golongan memerlukan di DUN Taman Medan terima baucar raya RM200
800 golongan memerlukan di DUN Taman Medan terima baucar raya RM200
800 golongan memerlukan di DUN Taman Medan terima baucar raya RM200
800 golongan memerlukan di DUN Taman Medan terima baucar raya RM200
800 golongan memerlukan di DUN Taman Medan terima baucar raya RM200

SUBANG JAYA, 22 MAC: Seramai 800 individu kurang berkemampuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan menerima baucar Jom Shopping Aidilfitri bernilai RM200 hari ini.

Penyelarasnya Halimey Abu Bakar berkata inisiatif tahunan daripada Kerajaan Negeri bertujuan meringankan beban penerima dalam membuat persiapan raya.

[caption id="attachment_692806" align="aligncenter" width="779"] Penyelaras DUN Taman Medan Halimey Abu Bakar berucap pada Program Ehsan Aidilfitri DUN Taman Medan di Pasaraya Mydin Subang Jaya pada 22 Mac 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Kebanyakan penerima baharu tetapi ada segelintirnya pernah terima kerana kita pertimbang keadaan mereka seperti ada yang suaminya lumpuh, anak ramai atau ada anak kurang upaya.

“Semoga inisiatif ini meringankan beban penerima dalam membuat persiapan hari raya nanti,” katanya selepas serahan baucar di pusat beli-belah Mydin di sini.

Salah seorang penerima Rahida Md Idris, 50, bersyukur terpilih sebagai penerima dan akui telah membuat senarai barangan yang hendak dibeli sejak beberapa hari lalu.

[caption id="attachment_692808" align="aligncenter" width="814"] Rahida Md Idris, 50,[/caption]

“Mudah apabila buat senarai awal-awal supaya tidak terlebih dalam berbelanja. Terima kasih Kerajaan Negeri menghulurkan inisiatif ini,” katanya.

Manakala, Salmah Mohiadin, 50, pula memilih untuk menggunakan baucar untuk menampung kos membeli baju raya untuk dirinya, suami dan anak.

[caption id="attachment_692807" align="aligncenter" width="811"] Salmah Mohiadin, 50,[/caption]

“Jimat belanja baju raya tahun ini dengan adanya baucar RM200, semoga inisiatif ini diteruskan pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Halimey berkata sebanyak RM51,000 disalurkan kepada masjid dan surau bagi mengimarah program sepanjang Ramadan di rumah ibadat berkenaan.

Jelasnya, sebanyak 21 surau masing-masing menerima RM2,000 manakala enam masjid dan surau solat Jumaat (RM1,500) termasuk sumbangan kurma.

[caption id="attachment_692809" align="aligncenter" width="758"] Penyelaras DUN Taman Medan Halimey Abu Bakar mengagihkan baucar kepada penerima pada Program Ehsan Aidilfitri DUN Taman Medan di Pasaraya Mydin Subang Jaya pada 22 Mac 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Kerajaan Negeri menyediakan 36,350 baucar Jom Shopping bernilai RM200 untuk diagih sempena Aidilfiri kali ini.

Menerusi belanjawan tahun ini, negeri memperuntuk RM12 juta bagi program pemberian baucar Jom Shopping sempena perayaan mengikut komponen kaum.

Selain Aidilfitri, inisiatif bawah Iltizam Selangor Penyayang turut diberi kepada keluarga kurang mampu untuk menyambut Tahun Baharu Cina dan Deepavali.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.