ad
AGENSI

Yide rai anak yatim, agih bantuan raya RM1.93 juta

22 Mac 2025, 8:06 AM
Yide rai anak yatim, agih bantuan raya RM1.93 juta
Yide rai anak yatim, agih bantuan raya RM1.93 juta

GOMBAK, 22 MAC: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyediakan RM1.93 juta untuk meraikan 13,000 anak yatim di seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pengerusinya Tan Sri Mazlan Mansor berkata sumbangan diagih secara berperingkat oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah bermula awal Ramadan.

“Hari ini merupakan siri terakhir sumbangan diagih kepada penerima dan diharap memberi keceriaan kepada mereka menjelang Aidilfitri nanti," katanya dalam sebuah majlis di Kuang, hari ini.

[caption id="attachment_692773" align="aligncenter" width="724"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri di Asrama Anak Yatim Damai Kuang, Rawang pada 22 Mac 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

Dalam sembah ucapannya di Asrama Anak Yatim Damai, beliau turut memaklumkan sebanyak 26 daripada 35 rumah anak yatim di Selangor berdaftar bawah Yide dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Terdahulu, Tengku Amir Shah berkenan menyerahkan bantuan raya kepada 60 anak yatim di asrama itu, selain menyaksikan sumbangan wakaf fisabilillah bernilai RM40,000 bagi penggantian permaidani.

Pada majlis sama, Baginda turut berkenan menyaksikan sumbangan RM100,000 daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang diserah Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporatnya Sapna Turmidi.

Baginda kemudian berkenan menunaikan solat zuhur berjemaah bersama rakyat.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.