ad
AGENDA

Terminal Bersepadu Gombak jual tiket bas tambahan ke Kota Bharu

22 Mac 2025, 7:30 AM
Terminal Bersepadu Gombak jual tiket bas tambahan ke Kota Bharu

SHAH ALAM, 22 MAC: Terminal Bersepadu Gombak (TBG) Sdn Bhd mengumumkan tambahan tiket bas ke Kota Bharu, Kelantan untuk perjalanan 25 hingga 27 Mac sempena Aidilfitri tidak lama lagi.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat tersebut memberitahu tiket mula dijual di kaunter dalam terminal berkenaan atau boleh dibeli melalui laman web rasmi tbg.com.my, lapor Berita Harian.

"Bagaimanapun, tiket adalah terhad dan kami menasihatkan penumpang untuk membeli tiket lebih awal bagi memastikan tempat duduk mereka," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan tiket bas bagi perjalanan ke Pantai Timur habis terjual sejak minggu lalu berikutan warga kota pulang kampung untuk berhari raya.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata terminal yang beroperasi pada 15 Mac akan menurunkan penumpang dari Pantai Timur pada minggu pertama pembukannya.

TBG bakal menjadi hab pengangkutan utama yang menghubungkan perkhidmatan bas, aliran transit ringan (LRT), dan projek rel utama seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pada masa hadapan.

Ia sekali gus meningkatkan kemudahan perjalanan bagi penumpang ke ibu kota dari Pantai Timur membabitkan negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.