ad
AGENDA

Pastikan harga barang terkawal, MB akan turun padang

22 Mac 2025, 7:17 AM
Pastikan harga barang terkawal, MB akan turun padang

KLANG, 22 MAC: Kerajaan Negeri akan menjalankan pemeriksaan terhadap harga barang sempena perayaan Aidilfitri termasuk santan yang dilaporkan tinggi ketika ini.

Dato’ Menteri Besar berkata tindakan bertujuan memastikan tiada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga terutama barang kawalan seperti daging dan ayam.

“Kita akan buat pemeriksaan di beberapa lokasi bawah jawatan kuasa pengguna. Insya-Allah saya juga akan turun padang untuk periksa.

“Bukan sahaja harga santan tetapi barang lain yang telah ditetapkan sebagai barang kawalan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari pada sidang media selepas merasmikan Gudang Makanan Selangor hari ini.

Pada Rabu, menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata santan yang mengalami gangguan bekalan disenaraikan dalam 26 barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidilfitri bermula 24 Mac hingga 7 April depan.

Jelas Datuk Armizan Mohd Ali, langkah itu bagi memastikan harga santan itu tidak mengalami kenaikan mendadak dan dapat dikawal.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.