ad
ADN

ADN Kota Anggerik belanja RM5,000 bawa 50 anak asnaf beli baju raya di Jakel

22 Mac 2025, 5:30 AM
ADN Kota Anggerik belanja RM5,000 bawa 50 anak asnaf beli baju raya di Jakel
ADN Kota Anggerik belanja RM5,000 bawa 50 anak asnaf beli baju raya di Jakel
ADN Kota Anggerik belanja RM5,000 bawa 50 anak asnaf beli baju raya di Jakel
ADN Kota Anggerik belanja RM5,000 bawa 50 anak asnaf beli baju raya di Jakel

SHAH ALAM, 22 MAC: Seramai 50 anak asnaf sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik di bawa membeli pakaian raya di pusat pakaian Jakel di sini, hari ini.

Wakil rakyatnya Mohd Najwan Halimi berkata sebanyak RM5,000 belanjakan bagi memberi keceriaan kepada kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun dalam menyambut Aidilfitri.

[caption id="attachment_692731" align="aligncenter" width="787"] Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi bercakap kepada media pada Program Ehsan Aidilfitri Dun Kota Anggerik di Jakel Seksyen 7, Shah Alam pada 22 Mac 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Program ini memang kita anjurkan hampir setiap tahun untuk berkongsi rezeki kepada golongan yang kurang berkemampuan di sekitar DUN Kota Anggerik.

“Kita berharap sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban keluarga penerima,” katanya ditemui selepas Program Ehsan Aidilfitri DUN Kota Anggerik di Seksyen 7 di sini hari ini.

[caption id="attachment_692734" align="aligncenter" width="813"] Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi membantu kanak-kanak mengacu pakaian ketika Program Ehsan Aidilfitri Dun Kota Anggerik di Jakel Seksyen 7, Shah Alam pada 22 Mac 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Mengulas mengenai pemberian baucar Jom Shopping Aidilfitri kali ini, Mohd Najwan berkata seramai 900 individu bakal menerima inisiatif membeli-belah bernilai RM200.

“Serahan dibuat petang ini di Pasaraya Giant, Seksyen 13. Inisiatif setiap tahun ini bertujuan mengurangkan beban penerima dalam membuat persiapan hari raya,” katanya.

Sempena Aidilfitri ini, sebanyak 36,350 baucar bernilai RM200 yang melibatkan peruntukan lebih RM7.2 juta bakal diagih kepada keluarga berpendapatan rendah negeri ini.

Jumlah itu merupakan sebahagian daripada RM12 juta yang disediakan bagi membantu keluarga kurang mampu untuk menyambut perayaan utama termasuk Tahun Baharu Cina dan Deepavali.

[caption id="attachment_692732" align="aligncenter" width="739"] Kanak-kanak teruja memilih pakaian raya yang sesuai ketika Program Ehsan Aidilfitri Dun Kota Anggerik di Jakel Seksyen 7, Shah Alam pada 22 Mac 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.