ad
AGENDA

Bekalan perubatan di Gaza semakin berkurangan

22 Mac 2025, 2:45 AM
Bekalan perubatan di Gaza semakin berkurangan

GENEVA, 22 MAC: Kekurangan bahan api yang teruk telah melumpuhkan respons kecemasan Bulan Sabit Merah Palestin di Gaza, dengan kurang daripada separuh ambulans mereka kini beroperasi, menurut Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) pada Jumaat.

Menurut Agensi Berita Emirates (WAM), penutupan sempadan telah 'menjejaskan dengan ketara' perkhidmatan, menyebabkan hanya 23 daripada 53 kenderaan dapat beroperasi susulan pemberhentian penghantaran bantuan kemanusiaan, termasuk bahan api, kata jurucakap IFRC Tommaso Della Longa dalam taklimat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva.

Ini adalah akibat langsung daripada kekurangan petrol, katanya sambil menekankan bahawa seluruh komuniti yang lemah meminta bantuan kecemasan tetapi tidak menerima sebarang respons.

- BERNAMA-WAM

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.