ad
AGENSI

Universiti Islam Selangor rai golongan OKU, autisme, komuniti pelbagai agama

21 Mac 2025, 12:46 PM
Universiti Islam Selangor rai golongan OKU, autisme, komuniti pelbagai agama
Universiti Islam Selangor rai golongan OKU, autisme, komuniti pelbagai agama
Universiti Islam Selangor rai golongan OKU, autisme, komuniti pelbagai agama

KAJANG, 21 MAC: Universiti Islam Selangor (UIS) meraikan lebih 100 golongan orang kurang upaya (OKU), autisme dan komuniti pelbagai agama dalam majlis berbuka puasa di Auditorium Mohd Adanan Isman, UIS di sini, hari ini.

Naib Cancelornya Dato’ Prof Dr Mohd Farid Ravi Abdullah berkata program bertujuan membina masyarakat inklusif di Selangor selain memupuk sifat rahmah yang menggalakkan kasih sayang di bulan Ramadan.

“Program iftar ini juga untuk menghargai golongan kelainan upaya, warga emas, dan komuniti setempat di Bandar Seri Putera serta Bukit Mahkota.

“UIS telah diberi tanggungjawab oleh Kerajaan Negeri untuk menjadi institusi yang mengendalikan bandar ilmu di kalangan masyarakat di sini,” katanya ketika ditemui.

Pada majlis sama, Dr Ravi mengagihkan sumbangan duit raya buat 70 orang penerima yang memerlukan.

“Setiap penerima menerima RM100. Sumbangan ditaja Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Yayasan UIS,” ujarnya.

Majlis diserikan dengan bacaan al-Quran oleh OKU penglihatan Nor Hidayu Mohd Yusoff diikuti dengan persembahan nyanyian nasyid penghidap autisme Umar Hafizal.

[caption id="attachment_692655" align="aligncenter" width="700"] Naib Canselor Universiti Islam Selangor (UIS) Profesor Madya Dato' Dr Mohd Farid Ravi Abdullah menyampaikan sumbangan duit raya dalam Majlis Iftar Bersama Warga Emas, OKU dan Komuniti Setempat Berbilang Bangsa UIS di Auditorium Mohd Adnan Isman UIS, Hulu Langat pada 21 Mac 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_692656" align="aligncenter" width="700"] Naib Canselor Universiti Islam Selangor (UIS) Profesor Madya Dato' Dr Mohd Farid Ravi Abdullah menyampaikan sumbangan duit raya dalam Majlis Iftar Bersama Warga Emas, OKU dan Komuniti Setempat Berbilang Bangsa UIS di Auditorium Mohd Adnan Isman UIS, Hulu Langat pada 21 Mac 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.