ad
AGENSI

Avisena Healthcare, Media Selangor sumbang 800 pek berbuka puasa

21 Mac 2025, 12:20 PM
Avisena Healthcare, Media Selangor sumbang 800 pek berbuka puasa
Avisena Healthcare, Media Selangor sumbang 800 pek berbuka puasa

Oleh Nur Azyyati Omar

SHAH ALAM, 21 MAC: Pusat Perubatan Avisena Healthcare dengan kerjasama Media Selangor Sdn Bhd mengedar 800 pek berbuka puasa kepada komuniti di Masjid Seksyen 7 di sini, semalam.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Avisena Ahmad Tazilan Mohktar berkata agihan termasuk bubur lambuk itu bertujuan meraikan Ramadan sebagai bulan yang mulia.

“Kami ingin mendekati masyarakat dengan menjalankan aktiviti yang melibatkan mereka contohnya menerusi kaunter Truecare2U yang disediakan di sini.

[caption id="attachment_692621" align="alignleft" width="344"] Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Avisena Ahmad Tazilan Mohktar[/caption]

“Kami juga melaksanakan program mengedarkan bubur lambuk dan majlis berbuka puasa bersama,” katanya pada program tersebut.

Beliau turut berharap kerjasama dengan Media Selangor dapat diteruskan pada masa akan datang khasnya untuk memberikan kesedaran kesihatan kepada komuniti setempat.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Tazilan berkata pihaknya menyediakan khidmat Klinik Bergerak Sutera bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di lebih 70 kawasan.

Katanya, Avisena Healthcare turut menubuhkan pusat komuniti seperti rumah penjagaan orang tua dan rumah anak-anak yatim sebagai inisiatif untuk mendekati masyarakat sekitar.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.