ad
BERITA UTAMA

Lima masjid pilihan sekitar Selangor rai kepelbagaian budaya, tradisi

21 Mac 2025, 10:28 AM
Lima masjid pilihan sekitar Selangor rai kepelbagaian budaya, tradisi
Lima masjid pilihan sekitar Selangor rai kepelbagaian budaya, tradisi
Lima masjid pilihan sekitar Selangor rai kepelbagaian budaya, tradisi
Lima masjid pilihan sekitar Selangor rai kepelbagaian budaya, tradisi
Lima masjid pilihan sekitar Selangor rai kepelbagaian budaya, tradisi
Lima masjid pilihan sekitar Selangor rai kepelbagaian budaya, tradisi

Oleh Aida Nyan

SHAH ALAM, 21 MAC: Selangor sentiasa memartabatkan Islam menerusi pelbagai inisiatif bagi menjaga kepentingan agama itu, di samping meraikan kepelbagaian budaya dan tradisi.

Salah satunya ialah faktor seni bina pusat ibadah yang memiliki keunikan tersendiri. Bersempena Ramadan, Media Selangor menyenaraikan lima masjid yang mempunyai sejarah pembinaan.

MASJID JAMEK CINA MUSLIM, KLANG

Keunikan seni bina dan konsep Masjid Jamek Cina Muslim yang berinspirasikan masjid terbesar di Beijing, China pastinya memukau pengunjung yang datang sama ada untuk beribadah atau melancong.

Siap dibina pada 2024, masjid yang terletak di Bandar Botanik, Klang ini juga dibina bertujuan memberi peluang kepada masyarakat bukan Islam untuk mempelajari agama Islam.

[caption id="attachment_685296" align="aligncenter" width="711"] Masjid Jamek Cina Muslim Klang. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Berkeluasan 2.98 ekar, masjid ini boleh menampung sehingga 1,000 jemaah, masjid ini adalah satu-satunya masjid yang bercirikan seni bina Cina di Selangor.

Antara keunikan yang terdapat di Masjid Jamek Cina Muslim ;

  • Seni bina tradisional Cina: Menggabungkan elemen seni bina tradisional Cina dengan ciri masjid Islam.
  • Identiti Cina Muslim di Malaysia: Masjid ini dibina khas sebagai pusat ibadah dan komuniti dan untuk meraikan identiti dan budaya masyarakat Cina Muslim di Malaysia.
  • Ukiran khutbah terakhir Nabi SAW: Pada pintu utama masjid, terdapat sebuah dinding yang diukir dengan potongan khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.
  • Ruang aktiviti: Ruang yang boleh digunakan jemaah wanita untuk menyusu dan membawa anak kecil
  • Iftar Konsep Cina - Menyediakan makanan konsep cina sepanjang iftar Ramadan termasuk bubur lambuk ala Cina
  • Anjung Restoran: Ruang buat pengunjung untuk makan dan minum, turut disediakan hidangan ringan tradisi Cina
  • - Kelas terbuka: Masjid ini dilengkapi dua kelas terbuka yang digunakan untuk kuliah-kuliah termasuk pembelajaran kaligrafi.
  • Rumah persinggahan buat mualaf: Pada rancangan akan datang, masjid yang mempunyai identiti cina muslim ini bakal membina rumah buat para mualaf yang memerlukan tempat perlindungan.

MASJID RAJA HAJI FISABILILLAH, CYBERJAYA

Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya adalah salah satu masjid daripada enam buah Masjid Diraja Selangor yang telah siap dibina pada tahun 2015.

Masjid ini telah dinamakan bersempena Pahlawan Bugis, Raja Haji Fi Sabilillah yang menentang tentera Belanda di Melaka.

[caption id="attachment_628850" align="aligncenter" width="721"] Reka bentuk unik dan gaya seni bina kontemporari mesra alam Masjid Raja Haji Fisabilillah menjadi daya tarikan pelancongan ketika lawatan Tourism Selangor bersama media di Masjid Raja Haji Fisabilillah Cyberjaya, Sepang pada 15 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Selain ruang solat yang mampu memuatkan hingga 8000 jemaah pada satu-satu masa, masjid ini turut dilengkapi kemudahan mesra orang kurang upaya OKU, bilik kuliah, dan ruang nikah.

Antara keunikan di Masjid Raja Haji Fisabilillah;

  • Masjid Hijau pertama di Malaysia: Masjid pertama di Malaysia yang mendapat sijil bangunan hijau daripada Green Building Index (GBI).
  • Reka bentuk moden dan minimalis: Tidak seperti masjid tradisional, kubahnya berbentuk geometri yang lebih ringkas, selaras dengan konsep seni bina moden selain dibina dengan dominasi warna putih yang menyerlahkan elemen futuristik dan elegan.
  • Penggunaan teknologi canggih: Masjid ini dilengkapi dengan lampu LED cekap tenaga yang menjimatkan elektrik berbanding lampu biasa serta sistem pengumpulan air hujan digunakan untuk tujuan seperti menyiram tanaman dan kegunaan di tandas, menjadikannya lebih lestari dan menjimatkan air.

MASJID DIRAJA SULTAN SULEIMAN, KLANG

Masjid Diraja Sultan Suleiman terletak di daerah Klang dibina pada tahun 1932 semasa pemerintahan Sultan Alaeddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor yang ke-5.

Pernah menjadi masjid negeri pada awal 90-an, masjid ini menggunakan nama Masjid Suleiman Jamiur Rahmah sebelum ditukar kepada nama dan dirasmikan pada 1932.

[caption id="attachment_462434" align="aligncenter" width="775"] Masjid Diraja Sultan Suleiman di daerah Klang berunsurkan seni bina Islam Moorish dan Eropah menjadikan masjid ini antara yang paling unik di Selangor. Foto Facebook Selangor Royal Office[/caption]

Dibina bersebelahan Istana Sultan Selangor ke-5 yang pada ketika itu berhasrat memenuhi perkembangan komuniti islam di Klang.

Antara keunikan yang terdapat di masjid ini;

  • Diwartakan Jabatan Warisan Negara
  • Pernah menjadi masjid negeri - Masjid ini juga pernah diiktiraf sebagai masjid negeri Selangor sebelum Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam dibina.
  • Terletak bersebelahan istana - Pengunjung masjid boleh melihat istana dari puncak masjid
  • Menggunakan konsep Art Deco - Pembinaan masjid ini menggabungkan elemen seni bina Islam dan pengaruh Eropah.
  • Mengamalkan tradisi 'Baraan Raya' - Sejak bertahun-tahun, jemaah masjid dan penduduk mengamalkan tradisi menziarahi rumah penduduk dan melaungkan takbir raya pada malam Aidilfitri.

MASJID SULTAN SALAHUDDIN ALAM SHAH

Masjid Sultan Salahuddin Alam Shah terletak di Pusat Bandar Shah Alam dikenali sebagai masjid negeri Selangor dibina pada tahun 1983 di atas tanah berkeluasan 14.6 hektar.

Masjid ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 11 Mac 1988.

[caption id="attachment_546385" align="aligncenter" width="771"] Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Foto ARKIB SELANGORKINI[/caption]

Bangunan dua tingkat yang dibina hasil kombinasi reka bentuk tradisi Islam dan Asia Barat, India, barat dan ciri-ciri binaan Melayu asli menyediakan pelbagai kelengkapan termasuk bilik kuliah, perpustakaan, bilik nikah, ruang menyusu, ruang aktiviti kanak-kanak, taman permainan dan ruang solat yang luas.

Antara keistimewaan yang dimiliki masjid ini adalah;

  • Kubah terbesar di Malaysia: Masjid ini memiliki kubah biru dengan diameter sekitar 52 meter dan ketinggian 107 meter diperbuat daripada aloi aluminium dan dihiasi dengan seni khat Islam yang indah.
  • Mendapat jolokan 'Masjid Biru': Warna biru yang dominan pada kubah dan tingkap kaca menjadikan masjid ini digelar sebagai Masjid Biru.
  • Diktiraf oleh TripAdvisor - Masjid ini pernah diiktiraf sijil kecemerlangan oleh TripAdvisor lima tahun berturut-turut iaitu pada 2014 hingga 2018 kerana mendapat
  • Salah satu ikon pelancongan - menjadi bukan sahaja ikon pelancongan di Selangor malah di Malaysia

MASJID AL-HASANAH, BANDAR BARU BANGI

Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi telah siap dibina pada tahun 1998 dan telah dirasmikan pada 10 Mac 2000 oleh Sultan Selangor iaitu Sultan Sharafudin Idris Shah.

Masjid ini dapat menampung seramai 3,000 jemaah dan keunikan kubah hijaunya menjadi mercu tanda utama Bandar Baru Bangi.

[caption id="attachment_365336" align="aligncenter" width="758"] Majlis Khatam Al-Quran Perdana peringkat Negeri Selangor Sekolah-Sekolah Agama Selangor kali ke-5 di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi pada 12 November 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Sebagai pusat komuniti yang unggul, masjid ini menyediakan prasarana yang selesa dan kondusif untuk pelaksanaan ibadat, peningkatan kefahaman agama, dan kebajikan masyarakat.

Antara keunikan yang terdapat di masjid ini;

  • Digelar Masjid Hijau - Ikoniknya kubah berwarna hijau yang terdapat di masjid ini menjadikan ia digelar sebagai Masjid Hijau.
  • Menyediakan khidmat penjagaan kanak-kanak: Ketika Ramadan, masjid ini menyediakan khidmat penjagaan anak-anak jemaah bagi memberi keselesaan ibu bapa untuk beribadah
  • Sistem pengudaraan semula jadi - Rekaan dinding dengan sisipan angin memastikan pengudaraan yang baik tanpa bergantung sepenuhnya kepada penghawa dingin.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.