JOHOR BAHRU, 21 MAC: Pasukan Polis Marin Wilayah Dua menahan seorang peniaga dan merampas mercun pelbagai jenis dianggar bernilai RM347,500 di Taman Perling, Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata lelaki berusia 40 tahun itu ditahan pada 3 petang di kawasan garaj di sebuah rumah.
“Peniaga itu ditahan atas kesalahan menyimpan bahan letupan tanpa lesen yang sah.
"Hasil serbuan itu, sebanyak 139 kotak mercun yang dipercayai untuk dijual di bazar Ramadan berjaya dirampas,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
- BERNAMA