ad
ADN

BKK sebulan setengah gaji bukti pentadbiran, kewangan Selangor stabil

20 Mac 2025, 3:54 AM
BKK sebulan setengah gaji bukti pentadbiran, kewangan Selangor stabil
BKK sebulan setengah gaji bukti pentadbiran, kewangan Selangor stabil

SHAH ALAM, 20 APRIL: Bantuan khas kewangan (BKK) sebulan setengah gaji sempena Aidilfitri kepada penjawat awam bukti kestabilan pentadbiran Selangor, selain pengurusan kewangan yang mantap.

Melibatkan hampir 80,000 penerima dengan peruntukan RM72 juta, insentif tersebut menurut setiusaha politik kepada Dato’ Menteri Besar, turut menunjukkan kutipan hasil negeri pada tahap baik mutakhir ini.

“Iltizam Dato’ Menteri Besar serta pasukan pentadbiran ​memacu pembangunan berterusan menjadi indikator penting negeri pada landasan tepat,” kata Saifuddin Shafi Muhammad dalam kenyataan.

Dalam pada itu, katanya, sebarang ganggu gugat termasuk cubaan pembangkang memanipulasi hak demokrasi dalam pertukaran tempat mengundi akan merencatkan manfaat sedang dinikmati rakyat.

[caption id="attachment_638644" align="alignright" width="469"] Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Saifuddin Shafi Muhammad. Foto Facebook Saifuddin Shafi Muhammad[/caption]

Tegasnya, sebarang pertembungan politik harus dibuktikan dengan kekuatan pentadbiran baik serta polisi jelas, bukan idea politik terdesak semata-mata untuk meraih keuntungan.

Semalam, Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan penjawat awam negeri bakal menerima tambahan setengah gaji, menjadikan keseluruhan bantuan khas kewangan Aidilfitri sebulan setengah gaji.

Bantuan menerusi Insentif Rekod Hasil Negeri disalur secara berperingkat mulai 25 Mac hingga sebelum 15 April melibatkan kesan kewangan RM38.75 juta.

Peruntukan itu turut merangkumi pemberian RM250 kepada 50,000 kakitangan persekutuan berpendapatan RM3,000 ke bawah yang berkhidmat di Selangor.

Insentif setengah bulan elaun atau minimum RM500 pula dinikmati pemimpin masyarakat, pegawai perhubungan kampung, ketua komuniti India, kampung bagan, penyelia Wanita Berdaya Selangor dan Penggerak Belia Selangor.

Petugas masjid antaranya nazir, imam, siak dan bilal pula akan menerima RM500 sumbangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Sebelum ini, Amirudin dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2025 mengumumkan pemberian BKK 2024 sebanyak dua bulan kepada semua penjawat awam yang dibayar secara berperingkat.

BKK pertama dibayar pada 30 Disember seterusnya 25 Mac sempena sambutan Aidilfitri.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.