ad
AGENDA

Sultan buka puasa bersama 1,000 warga UPM, serah sumbangan kepada asnaf

19 Mac 2025, 1:29 PM
Sultan buka puasa bersama 1,000 warga UPM, serah sumbangan kepada asnaf
Sultan buka puasa bersama 1,000 warga UPM, serah sumbangan kepada asnaf

SERDANG, 19 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama 1,000 warga Universiti Putra Malaysia (UPM) di Dataran Masjid UPM di sini, hari ini.

Keberangkatan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah disambut Naib Canselor UPM Dato’ Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

Baginda berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM22,500 kepada 45 asnaf terdiri daripada pelajar dan warga kerja universiti berkenaan.

Pada majlis itu, Sultan Sharafuddin berkenan menerima sumbangan dana projek wakaf ilmu UPM berjumlah RM1,085,246 pada 2024 daripada individu, rakan korporat UPM dan juga warga kerja termasuk penuntut universiti.

[caption id="attachment_692313" align="aligncenter" width="1010"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan sumbangan kepada penerima pada majlis berbuka puasa di Dataran Masjid UPM, Serdang pada 19 Mac 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Sultan Selangor yang juga Canselor UPM kemudian berkenan menerima zakat wakalah dari Tabung Haji bernilai RM800,000 dan Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS Berhad) (RM280,000).

Selain itu, Bank Islam dengan nilai RM30,000, Takaful Ikhlas (RM15,000) dan Badan Kebajikan Mutiara Putrajaya (RM10,000).

Baginda seterusnya menerima zakat perniagaan daripada UPM Holdings Sdn Bhd (RM121,000) dan Koperasi UPM Berhad (RM10,627.73)

Sultan Sharafuddin turut berkenan berbuka puasa, menunaikan solat maghrib, isyak, solat sunat tarawih dan moreh bersama warga UPM di masjid berkenaan.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.