ad
BERITA UTAMA

Duit raya dari Sultan gembirakan asnaf, mahu beli kelengkapan raya

19 Mac 2025, 1:00 AM
Duit raya dari Sultan gembirakan asnaf, mahu beli kelengkapan raya
Duit raya dari Sultan gembirakan asnaf, mahu beli kelengkapan raya
Duit raya dari Sultan gembirakan asnaf, mahu beli kelengkapan raya
Duit raya dari Sultan gembirakan asnaf, mahu beli kelengkapan raya

KAJANG, 19 MAC: Sumbangan duit raya disampaikan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor memberi kegembiraan asnaf yang bakal menyambut Syawal yang bakal menjelma dua minggu lagi.

Penerima bantuan, Suzliyana Mustapha, 39, berkata duit raya yang diterima daripada Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj akan digunakan untuk membeli kelengkapan raya buat enam cahaya matanya.

[caption id="attachment_692152" align="alignleft" width="346"] Suzliyana Mustapha[/caption]

“Sumbangan ini meringankan beban memandangkan sumber pendapatan hanya bergantung pada suami yang berkerja sebagai pemandu.

“Kali pertama menerima bantuan, saya rasa bersyukur kerana membantu persiapan untuk menyambut 1 Syawal nanti,” katanya yang menetap di Kajang Prima.

[caption id="attachment_692153" align="alignright" width="344"] Muhamad Teng Abdullah[/caption]

Seorang lagi penerima, Muhamad Teng Abdullah, 41, meluahkan rasa gembira selepas menerima sumbangan yang membantunya menyediakan keperluan raya seperti pakaian buat isteri dan tiga anaknya.

“Duit raya ini akan digunakan untuk keperluan perayaan. Saya rasa teruja ini kali kelima menyambut 1 Syawal sejak memeluk Islam pada tahun 2020,” kongsinya.

[caption id="attachment_692154" align="alignleft" width="345"] Imah Ladi[/caption]

Manakala, Imah Ladi, 43, memberitahu sumbangan itu membantu beliau menyediakan sepasang baju raya untuk setiap enam anaknya untuk menyambut Aidilfitri di kediaman mereka di Bandar Teknologi.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin menyampaikan sumbangan berjumlah RM281,000 kepada 201 asnaf fakir, 280 asnaf miskin dan 81 saudara baharu di Masjid Bandar Teknologi Kajang di sini semalam.

Baginda yang diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut berkenan merasmikan masjid tersebut.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.